Skip to main content

Selebriti

Ada Sebab Mila Pilih Komposer Luar Untuk Single Baharu - “Sebenarnya Saya Ada Mesej Komposer Tempatan Tapi…”

Mila Jirin

Sekilas

  • Mila Jirin memilih komposer Indonesia, Ilham Baso, untuk single terbaharunya "Tersimpan Dalam Hati" selepas tidak mendapat maklum balas daripada komposer tempatan.
  • Proses rakaman lagu tersebut dijalankan sepenuhnya di Jakarta dan menjadi titik permulaan semula karier nyanyian Mila.
  • Mila sedang menyiapkan album baharu yang diterbitkan oleh suaminya, Ailis Mustapha, dengan pelancaran dijangka pada penghujung 2026.
Advertisement

Penyanyi, Mila Jirin menjelaskan dia mempunyai sebab memilih komposer Indonesia, Ilham Baso untuk single terbaharu berjudul, Tersimpan Dalam Hati.

Menurut Mila,  dia sudah cuba untuk menghubungi komposer dalam negara untuk bekerjasama dalam penghasilan lagu baharu namun ‘tidak dilayan’.

Advertisement

“Sebenarnya saya ada mesej ramai (komposer Malaysia) namun belum ada rezeki untuk menerika maklum balas, mungkin belum tiba masanya.

“Moga selepas ini ada rezeki saya berkolaborasi dengan komposer Malaysia,” ujarnya.

Mila berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Perlancaran Lagu Tersimpan Dalam Hati di Bizmilla, Subang Jaya pada Jumaat.

Advertisement

Mengulas mengenai single terbaharunya, Mila berkata dia memilih untuk menjalani keseluruhan proses rakaman di Jakarta bersama Ilham

Kata Mila lagi, nashkah ini bukan sekadar sebuah lagu, namun ia titik permulaan semulanya dalam industri.

"Ada ketika saya sendiri tertanya-tanya sama ada impian untuk kembali menyanyi masih ada ruang dalam hidup saya.

“Tetapi saya percaya, jika sesuatu impian itu benar-benar ikhlas, Allah akan menemukan jalannya pada waktu yang paling tepat,” katanya.

Untuk info, Tersimpan Dalam Hati merupakan single pertama daripada siri projek ‘comeback’ Mila yang bakal diteruskan dengan beberapa karya baharu.

Malah, Mila kini sedang menyiapkan sebuah album baharu yang diterbitkan sepenuhnya oleh suaminya, Ailis Mustapha melalui Bizmedia Marketing.

Album tersebut dijangka menghimpunkan karya daripada beberapa komposer hebat Malaysia dan Indonesia serta dijadualkan dilancarkan pada penghujung tahun 2026.

Anda mungkin berminat dengan

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Must Watch Video

Advertisement