Skip to main content

Selebriti

Ada Yang Persoal Tindakan Fattah Bawa Fatima Atas Pelamin, Netizen Back Up - “Dah Boleh Stop Kot! Baru 5 Tahun, Better Stay Dengan Daddy Dia”

Ada Yang Persoal Tindakan Fattah Bawa Fatima Atas Pelamin, Netizen Back Up

Pelakon, Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman selamat melangsungkan perkahwinan pada Ahad.

Bagaimanapun, tindakan Fattah membawa anaknya Nur Fatima Aisya atau Fatima berada di atas pelamin bersamanya menjadi bualan netizen.

Advertisement

Lebih-lebih lagi apabila wajah Fatima dikatakan kelihatan kurang selesa ketika berada di samping Fattah dan Amira diatas pelamin.

Malah ada juga yang mempersoalkan Fattah seolah-olah tidak ada common sense kerana membuatkan Fatima tidak selesa berada di situ.

Isu tular itu  juga sehingga kini masih lagi hangat diperdebatkan di aplikasi Threads hingga ke hari ini.

Namun ada juga sebahagian netizen bersetuju dengan tindakan Fattah dan berpendapat Fatima sepatutnya berada di samping bapanya kerana tidak biasa dengan keadaan sekeliling yang begitu ramai orang.

Antara komen yang diberikan adalah:

 

Fattah sebelum ini bercerai dengan Fazura pada Oktober 2024. Setahun bergelar duda anak satu, Fattah memilih kembali mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pelakon Amira.

Pasangan pengantin baharu yang kini menjadi ‘rakan serumah’ secara rasmi cukup dikenali dalam kalangan peminat dengan label ‘rakan sekerja’ — pengakuan yang selalu diberikan Fattah dan Amira kepada media serta peminat.

Must-Watch Video

Advertisement