Skip to main content

Selebriti

Ada Yang ‘Sakit Mata’ Lihat Ramai Tiba-Tiba Suka F1, Diana Danielle Balas - “Orang Boleh Tunjuk Minat Tanpa Perlu…”

Ada Yang ‘Sakit Mata’ Lihat Ramai Tiba-Tiba Suka F1, Diana Danielle Balas - “Orang Boleh Tunjuk Minat Tanpa Perlu…”

Sekilas

  • Pelakon Diana Danielle membalas kritikan seorang individu yang mempersoalkan minat orang ramai terhadap sukan Formula 1 (F1) yang kini semakin popular di Malaysia.
  • Diana menjelaskan dia sudah lama meminati F1 dan keterujaannya bertambah apabila perlumbaan kembali diadakan di Malaysia.
  • Dia menegaskan minat seseorang tidak harus dipertikaikan berdasarkan pengetahuan mereka dan menggalakkan orang ramai untuk terus mencari minat baharu tanpa rasa rendah diri.
Advertisement

Pelakon, Diana Danielle tertarik untuk membalas hantaran seorang individu yang mempersoalkan minat orang ramai terhadap sukan Formula 1 (F1) yang semakin mendapat perhatian ketika ini.

Menerusi hantaran di media sosial, individu berkenaan seoalah-olah menyindir golongan yang tiba-tiba mengakui diri sebagai peminat atau penggemar F1, sedangkan sebelum ini mereka dikatakan tidak mengetahui perkara asas berkaitan dengan perlumbaan tersebut.

Advertisement

“Dan tiba-tiba semua orang suka F1 atau mengaku sebagai peminat F1. Hmm, sejak bila? Awak pun minggu lepas tak boleh bezakan RON97 dengan RON95,” tulis individu tersebut.

Susulan itu, Diana kemudiannya tampil membalas hantaran berkenaan dengan menjelaskan bahawa dia sememangnya sudah lama meminati F1.

Bagaimanapun, menurut Diana, keterujaan terhadap sukan berkenaan kini dirasakan lebih berbeza memandangkan F1 kembali mendapat perhatian di Malaysia.

Advertisement

“Saya memang sudah lama menjadi peminat F1, tetapi sekarang apabila ia kembali ke Malaysia, keterujaannya sememangnya berbeza,” balasnya.

Dalam hantaran yang sama, Diana turut menegaskan bahawa minat terhadap sesuatu perkara tidak seharusnya dijadikan ukuran untuk mempertikaikan pengetahuan atau kelayakan seseorang.

“Orang ramai boleh menunjukkan minat terhadap sesuatu perkara yang sedang berlaku tanpa perlu mengetahui segalanya mengenai perkara itu.

“Itu juga merupakan antara tujuan media sosial. Saya harap anda akan menemui minat baharu dalam hidup dan tidak berasa rendah diri atau tidak cukup bagus dalam apa jua keadaan,” tegasnya.

Sementara itu, hantaran balas Diana itu ternyata dipersetujui oleh rata-rata netizen di platform Threads.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement