Skip to main content

Selebriti

Adam Corrie Ada Sebab Tak Hantar Ke Sekolah Cina - “Bukan Tak Nak Belajar Mandarin, Setiap Anak Ada Keupayaan Masing-Masing”

Adam Corrie Anak Sekolah Kebangsaan

Sekilas

  • Adam Corrie memilih untuk tidak menghantar anak lelakinya ke sekolah aliran Cina kerana anaknya tidak berminat belajar bahasa Mandarin walaupun pernah belajar di tadika Cina selama setahun.
  • Adam menjelaskan bahawa walaupun dia berbangsa Cina Hokkien, Mandarin bukan bahasa ibundanya dan dia faham keputusan anaknya yang belum bersedia untuk sistem pembelajaran sekolah Cina.
  • Keputusan ini dibuat untuk mengelakkan bebanan kepada anaknya dan kerana setiap anak mempunyai masa dan keupayaan belajar yang berbeza.

Pelakon, Adam Corrie mempunyai sebab tidak menghantar anak lelakinya, Adam Fattah Lee untuk belajar di sekolah aliran Cina biarpun dirinya juga berbangsa Cina.

Menerusi perkongsian di Threads, Adam memaklumkan anak lelakinya itu tidak menunjukkan minat untuk belajar bahasa Mandarin walaupun pernah menghantarnya di Tadika aliran Cina selama setahun.

“Walaupun saya cina , saya hantar anak saya sekolah kebangsaan sahaja. Bukan tak nak anak saya belajar Mandarin di sekolah cina.

“Kerana anak saya tak nak, saya dah hantar dia tadika cina, dia tidak berminat. Nak masuk sekolah cina perlu tadika selama 2 tahun baru boleh masuk sekolah cina.

“Saya okay sahaja, lagipun saya cina Hokkien. Mandarin bukan bahasa ibunda saya. Boleh lah faham dan cakap sikit-sikit. Kalau Hokkien saya power,” kongsinya.

Dalam hantaran yang lain, Adam juge menjelaskan bahawa dia merasakan anaknya masih belum bersedia dan kurang sesuai dengan sistem pembelajaran berkenaan selain tidak mahu membebankan puteranya itu.

“Ibu bapa yg hantar anak ke sekolah Cina kebiasaannya sudah buat persediaan rapi  dan memahami kemampuan anak masing-masing.

“Bagi saya pula, selepas cuba hantar anak ke tadika Cina selama setahun, saya dapat menilai bahawa anak saya belum bersedia dan kurang sesuai. Oleh itu, saya tak mahu membebankan dia.

“Keputusan ini bukan kerana saya tidak kisah tentang pembelajaran bahasa, tapi kerana saya percaya setiap anak ada masa dan keupayaan yang berbeza.

“Buat masa ini, anak saya belum mampu, walaupun dia berbangsa Cina,” jelasnya.

Berikut merupakan perkongsian penuh Adam:

Must-Watch Video

Advertisement