Skip to main content

Hiburan

Adam Corrie Ambil Iktibar Program Dibatalkan Saat Akhir, Kini Letak Syarat Sebelum Terima ‘Offer’ - “Saya Beli Sendiri Tiket Penerbangan…”

Adam Corrie

Sekilas

  • Adam Corrie pernah mengalami kerugian apabila program yang dijanjikan dibatalkan saat akhir tanpa maklum balas daripada penganjur.
  • Dia terpaksa membeli tiket penerbangan sendiri untuk memudahkan urusan, tetapi tidak mendapat bayaran atau pampasan selepas pembatalan program.
  • Sejak itu, Adam menegaskan pentingnya surat jemputan rasmi dan persetujuan bertulis serta meminta penganjur uruskan tempahan untuk elak kerugian dan salah faham.
Advertisement

Pelakon Adam Corrie mendedahkan dia pernah mengalami kerugian disebabkan penganjur membatalkan program yang telah dipersetujui pada saat akhir. 

 

Advertisement

Menurut Adam, dia sudah mengeluarkan kos sendiri dari segi tiket penerbangan pergi dan balik kerana ingin memudahkan segala urusan dan tambang yang lebih murah. 

 

“Saya pernah melalui pengalaman kira-kira 10 tahun yang lalu. Seorang penganjur (pelajar) daripada sebuah universiti menghubungi saya untuk dijemput sebagai panel bagi sesi perkongsian. 

 

“Tarikh telah dipersetujui dan saya pun mengosongkan jadual pada hari tersebut. Mereka juga memaklumkan bahawa bayaran akan dibuat selepas program selesai.

 

“Bagi memudahkan urusan dan mendapatkan tambang yang lebih murah, saya membeli sendiri tiket penerbangan pergi dan balik lebih awal.   

 

“Namun, dua hari sebelum program berlangsung, saya dimaklumkan bahawa program dibatalkan,” kongsinya menerusi Threads. 

 

Apa yang mengecewakan Adam apabila pihak penganjur tidak memberi sebarang maklum balas menegani tiket penerbangan yang telah dibelinya. 

 

“Persoalannya, bagaimana pula dengan tiket penerbangan yang telah saya beli? Selepas itu, tiada lagi maklum balas daripada pihak penganjur. Pengalaman itu mengajar saya satu perkara yang sangat penting.

 

“Sejak hari itu, setiap jemputan program saya akan meminta surat jemputan rasmi terlebih dahulu sebagai rekod dan persetujuan bertulis. 

 

“Saya juga akan meminta pihak penganjur menguruskan sendiri tempahan tiket penerbangan, penginapan dan keperluan lain yang berkaitan. 

 

“Bukan kerana terlalu berkira, tetapi untuk melindungi kedua-dua pihak daripada sebarang salah faham atau kerugian sekiranya berlaku perubahan pada saat akhir,” katanya. 

 

Tambah pelakon itu lagi, komunikasi yang jelas serta persetujuan secara hitam putih adalah penting bagi memastikan setiap urusan berjalan dengan lebih profesional dan mengelakkan sebarang pertikaian pada masa akan datang.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Under Armour UA Hustle Mesh Backpack

Under Armour UA Hustle Mesh Backpack

Reebok Champ | Unisex Smartwatch | RV-CMU-G0-ANIN-BB | Essential Blue | AMOLED Display | 44MM

Reebok Champ | Unisex Smartwatch | RV-CMU-G0-ANIN-BB | Essential Blue | AMOLED Display | 44MM

adidas Lifestyle Linear Duffel Small Colorblock Unisex Blue KE5543

adidas Lifestyle Linear Duffel Small Colorblock Unisex Blue KE5543

Must Watch Video

Advertisement