Pelakon, Adam Lee meluahkan rasa terkilan selepas ada pihak mempersoalkan bentuk badannya.
Menerusi hantaran di platform Threads, Adam atau nama lengkapnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee akui kecewa apabila mereka yang tidak mengikutinya membuat adaian sendiri dan mendakwanya mengambil barang terlarang.
“Bila besar cakap chubby, bila kurus kata sakitlah, amik barang la semua. Saya ada fight Fury Muay Thai 28hb ni main kategori 73KG.
“Dah lah tak follow jalan cerita saya lepas tu memandai buat assumption sendiri,” tulisnya.
Dalam pada itu, suami kepada aktres, Sweet Qismina itu turut mengambil kesempatan meluahkan rasa syukur terhadap peminatnya yang tidak henti memberikan sokongan sepanjang kariernya.
“Apa-apa pun terima kasih yang mana sokong saya tak kira size saya ni kurus keding atau chubby. Saya sangat hargai,” tambahnya. 
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat dan meminta Adam untuk mengabaikan kata-kata tersebut.
"Biasalah mulut orang tak leh tutup, suka mengata itu ini. Macam diri sendiri sempurna.
"Abaikan diorang, yang penting bakat kami support.
"Sabar dik.
"Good luck bro! Respect boleh disiplin berat badan ikut keadaan.
"You're still one of the hottest guys in Malaysia," tulis netizen.