Skip to main content

Selebriti

Adik Kongsi Berita Gembira, Ayda Jebat Selamat Bersalin - “Alhamdulillah, Tahniah Kakak & Abang”

Ayda Jebat bersalin

Sekilas

  • Ayda Jebat selamat melahirkan anak ketiga pada Isnin, menurut pengumuman adiknya, Sabira Jebat di Threads.
  • Pengikut di media sosial turut mengucapkan tahniah kepada Ayda dan suaminya, Nabil Mahir.
  • Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada Januari 2021 dan sudah mempunyai dua anak sebelum ini, Ana Nayla dan Aali Mateen.

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat selamat melahirkan anak ketiga pada Isnin.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh adik Ayda iaitu Sabira Jebat menerusi hantaran terbaharu di platform Threads.

“Kakak saya selamat melahirkan anak ketiganya. Alhamdulillah Ya Allah. Tahniah kakak @aydajebat dan abang @nabilmahir,” maklumnya.

Sementera itu di ruangan komen pula, rata-rata pengikut juga turut mengucapkan tahniah kepada Ayda dan suaminya, Nabil Mahir.

Terdahulu, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan menerima kelahiran anak pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021 dan Aali Mateen pada Disember 2023.

Must-Watch Video

Advertisement