Skip to main content

Selebriti

Adira Mengaku Tinggalkan Datuk Red Tepi ‘Highway’ - “Saya Buat Bersebab, Cukuplah Kami Sahaja Yang Tahu…”

Adira Mengaku Tinggalkan Datuk Red Tepi Highway

Ringkasan AI

  • Adira Suhaimi mengaku pernah meninggalkan bekas suaminya, Datuk Red, di tepi lebuh raya tetapi menegaskan ada sebab tertentu yang tidak didedahkan.
  • Dia menolak untuk mendedahkan punca tindakan itu demi menjaga hati semua pihak terutama anak-anak mereka.
  • Adira memilih untuk tidak membalas kenyataan bekas suaminya bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.
  • Segala urusan berkaitan bekas suaminya kini diserahkan kepada kakaknya, Emma Suhaimi, untuk menguruskan komunikasi.

Penyanyi, Adira Suhaimi tidak menafikan dakwaan bekas suaminya, Datuk Red yang mengatakan telah ditinggalkan di sebuah lebuh raya selepas berlakunya perbalahan antara mereka.

Namun Adira menegaskan dia melakukan perkara itu bersebab dan lebih selesa tidak mendedahkan punca dia bertindak sedemikian terhadap bekas suaminya itu.

“Saya memang mengaku saya ada tinggalkan tapi bukan tengah malam dan saya juga tinggalkan dia berhampiran dengan Petronas.

“Adalah sebab sebab tertentu mengapa saya berbuat demikian yang saya tidak boleh nak kongsikan, mungkin apa yang bekas suami saya keluarkan itu mungkin cerita dari pihak dia sahaja tak cerita puncanya dari mana, itu sahaja yang saya boleh kongsikan setakat ini.

“Kalau cerita mengenai tinggal tepi jalan itu mesti bersebab dan saya rasa tak perlu pun untuk semua orang tahu kenapa,” tegasnya.

Adira berkata demikian ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu terbaharunya bersama Fiq7 berjudul Cermin Memori di Petaling Jaya.

Jelas Adira lagi, dia tidak mahu membalas kembali kenyataan suaminya kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

“Cukuplah hanya saya dan dia sahaja yang tahu. Tapi dia tak ceritalah apa puncanya kan jadi saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan selain menjaga hati banyak pihak.

“Saya cuma nak saya dan bekas suami menjalankan kehidupan dengan tenang, saya percaya mungkin dia boleh terlepas untuk berkata demikian sebab dia dalam keadaan yang tak guna akal dulu tetapi lebih kepada emosi.

“Jadi sekiranya saya cuba nak membalas balik kenyataan dia, apa yang saya boleh cakap, saya takut apa yang saya keluarkan itu akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Kenapa saya memilih untuk senyap dan tak layan perkara itu sebab saya nak kena jaga hati banyak pihak contohnya anak-anak saya, anak-anak tiri saya yang mana hubungan kami anak beranak ini saya tak pernah tak amik tahu tentang mereka. 

“Saya lebih menjaga hubungan itu. Saya harap masa sahaja yang boleh nak heal kan semua benda,” jelasnya.

Dalam pada itu, Adira juga mengatakan segala urusan bersama yang berkaitan dengan bekas suaminya selepas ini diserahkan kepada kakaknya iaitu Emma Suhaimi.

"Kami pun sudah bawa haluan masing-masing, saya tahu kalau balas balik pusing-pusing akan tengok juga. Besok dia akan datang rumah tengok anak. 

“Saya tak nak jadi kekok, saya boleh hadap dengan buat tak tahu saja. Buat masa sekarang ini saya bagi keluarga yang berhubung dengan dia.

“Kami bila depan-depan okay saja. Tapi bila WhatsApp saya akan suruh kakak saya yang urus," ujarnya

Terdahulu, Adira dan Datuk Red pernah berkahwin pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April tahun lalu. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob yang kini berusia 3 tahun.

Must-Watch Video

Advertisement