Skip to main content

Berita Tempatan

Adira Tenang Netizen 'Kenenkan' Dengan Hafiz Suip, Teruja Nak Berduet Untuk Konsert - "Itulah Asam Garam ..."

adira_hafiz

Penyanyi Adira Suhaimi, kekal tenang menghadapi pelbagai komen dan spekulasi warganet terhadap dirinya yang kembali 'menjodohkannya' dengan Hafiz Suip.

Jelas Adira, kehidupan sebagai artis sudah lama ditempuh dengan matang dan segala asam garam dunia hiburan diterima dengan hati terbuka.

Advertisement

"Saya okey saya, itulah dia kehidupan asam garam artis. Saya dah biasa sangat, boleh handle sangat situasi sebegitu. Selagi netizen suka, tak ada benda salah. Saya okey saya," ujarnya kepada Gempak.

Adira ditemui pada Majlis Pelancaran dan Hi Tea Syurga Wanita di The Ritz- Carlton, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Adira berkata fokus utamanya kini adalah terhadap kerjasama baharu menerusi konsert bersama penyanyi Hafiz, yang turut menandakan detik kebangkitan semula rakan duetnya itu.

"Setakat ini dalam 50 peratus persiapan, selebihnya kena datang tengok sendiri. Ada lagi artis jemputan lain selain saya. Ada beberapa lagu saya akan nyanyikan bersama Hafiz.

"Pertama sekali apabila pengurusan Hafiz approach, saya tak fikir panjang. Hafiz pun nak comeback, saya gembira dapat bantu dia. Dah lama tak nyanyi bersama-samanya," tambahnya.

Untuk info, konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip akan berlangsung pada 1 November di Mega Star Arena Kuala Lumpur.

Adira dan Hafiz pernah merakamkan duet bersama-sama menerusi lagu Takdir Tercipta, Untuk Cinta, Lelakimu Yang Dulu dan Ombak Rindu.

Dalam perkembangan lain, Adira turut melancarkan wangian baharu edisi terhad ‘Flora Syurga’ dan ‘Aura Wanita' untuk platform e-dagang Syurga Wanita.

Kata Adira, proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk kedua-dua minyak wangi tersebut mengambil masa hampir sebulan bagi memastikan kualiti dan aroma yang menepati citarasa wanita Asia moden.

"Untuk minyak wangi saya tak boleh syok sendiri jual. Walaupun saya suka bau ini, tak semestinya orang lain pun suka. Jadi saya memilih pilihan yang kebanyakan orang vote. Bau minyak wangi ini adalah yang paling trend setakat ini.

"Saya ambil masa sebulan untuk R&D dan menghasilkan minyak wangi ini. Setiap bauan direka untuk menggambarkan dua sisi wanita ‘Flora Syurga’ yang lembut dan feminin, serta ‘Aura Wanita’ yang berani dan berkarisma," ujarnya.

Must-Watch Video

Advertisement