Skip to main content

Selebriti

Aedy Ashraf Sebak Pemergian Jalil Hamid, Sifatkan Satu Kehilangan Besar Dalam Industri - “Semua Orang Sayang Dia, Arwah Seperti Seorang Bapa…”

Aedy Ashraff Jalil Hamid

Sekilas

  • Aedy Ashraf terkejut dan sedih dengan pemergian aktor lagenda Jalil Hamid yang dianggap sebagai kehilangan besar dalam industri seni.
  • Aedy mengenang Allahyarham sebagai pelakon berbakat dan figura bapa di set penggambaran yang sangat disayangi oleh semua.
  • Jalil Hamid meninggal dunia pada Isnin tengah hari dan dikenang sebagai insan berbakat serta berhati baik sepanjang hayatnya.
Advertisement

Pelakon, Aedy Ashraf mengakui terkejut sebaik sahaja mengetahui berita pemergian aktor lagenda tanah air, Jalil Hamid, yang disifatkannya sebagai satu kehilangan besar buat industri seni.

Pernah bekerjasama dengan Allahyarham, Aedy berkata Jalil Hamid merupakan seorang insan berbakat besar dan memiliki keperibadian yang sangat baik sehingga dianggap seperti figura bapa di set penggambaran.

Advertisement

“Saya sebenarnya sangat terkejut dengan berita pemergian arwah. Saya pernah berlakon bersama arwah ketika saya kecil.

“Berita itu adalah perkara yang sangat mengejutkan untuk saya dan juga seluruh team Alpha47, kita sama-sama berhenti melakukan sebarang kerja dan sedekahkan Al-Fatihah.

“Bagi saya arwah merupakan seorang yang sangat talented dan berhati baik. Ya Allah… Saya sebak bila cerita perkara ini, dia seperti seorang bapa di set penggambaran.

“Dia juga merupakan seorang yang penyayang dan sangat baik. Bagi saya Malaysia kehilangan satu permata yang sangat jujur dan insan itu adalah arwah Jalil Hamid,” katanya.

Aedy berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas sidang media filem aksi terbitannya, TARUNG: Unforgiven bertempat di GSC, MidValley pada Isnin.

Berkongsi lanjut mengenai keperibadian Allahyarham, Aedy berkata sepanjang pengalamannya bekerja dengan ramai pelakon senior, Jalil merupakan antara individu yang paling disenangi di set.

“Saya ramai berlakon dengan senior tapi arwah adalah seorang pelakon senior yang sangat sangat baik di set yang menganggap setiap orang di set itu adalah anaknya.

“Dia tidak pernah menganggap dirinya terlalu berada di atas. Dia adalah seorang yang sangat chill dan relax.

“Tak silap saya, saya berlakon dengan arwah bersama Wan Maimunah.

“Arwah juga sentiasa menjadi kesayangan semua orang di set kerana kejujuran dan keikhlasannya terhadap apa yang dilakukan.

“Semua orang sayang dia, saya sayang dia…” jelasnya.

Terdahulu, Allahyarham Jalil Hamid dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya sekitar pukul 12.30 tengah hari Isnin.

Berita itu dikongsikan anaknya, Afiqah Jalil menerusi Instagram.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham disegani kerana bakatnya sebagai pelakon, penyanyi dan pelawak selain keperibadiannya yang baik hati.

 

Anda mungkin berminat dengan

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

Must Watch Video

Advertisement