Skip to main content

Hiburan

Afieq Shazwan Tak Sangka Terima Pujian Perdana Menteri Bangladesh - “Alhamdulillah..."

Astro Gempak 224

Sekilas

  • Penyanyi Afieq Syazwan menerima pujian peribadi daripada Perdana Menteri Bangladesh selepas persembahan lagu dalam bahasa Bengali sempena lawatan rasmi pemimpin itu ke Malaysia.
  • Afieq berkongsi rasa syukur kerana sebutan bahasa Bengali yang tepat mendapat perhatian dan pujian, termasuk dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Persembahan tersebut mendapat reaksi positif daripada peminat yang bangga dengan pencapaian Afieq dalam menyampaikan lagu bahasa asing dengan baik.
Advertisement

Penyanyi Afieq Shazwan meluahkan rasa syukur apabila menerima pujian secara peribadi daripada Perdana Menteri Bangladesh selepas membuat persembahan sempena lawatan rasmi pemimpin negara itu ke Malaysia.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, Afieq atau nama sebenarnya Mohammad Shafieq Shazwan Zamros berkata, dia tidak menyangka sebutan bahasa Bengali yang dipersembahkan mendapat perhatian sehingga dipanggil sendiri oleh Perdana Menteri Bangladesh.

Advertisement

 

 “Tak sangka lepas perform saya dipanggil dan diberi pujian oleh Perdana Menteri Bangladesh sendiri kerana sebutan bahasa Bengali yang tepat, turut diiringi oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Advertisement

“Alhamdulillah, satu cabaran baharu dan usaha yang berbaloi,” tulisnya.

Perkongsian tersebut turut menerima pelbagai ucapan tahniah daripada peminat yang berbangga dengan pencapaian penyanyi berusia 28 tahun itu kerana berjaya mempersembahkan lagu dalam bahasa asing dengan baik.

Terdahulu, Afieq berkongsi menerima jemputan khas untuk membuat persembahan sebuah lagu dalam bahasa Bengali sempena Lawatan Rasmi Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman di Istana Budaya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must Watch Video

Advertisement