Skip to main content

Hiburan

AG Coco Akui Hujan Selektif Demi Menjaga Eksklusiviti - “Unit Kami Libatkan Lebih 30 Orang…”

AG Coco

Sekilas

  • AG Coco dari kumpulan Hujan mengamalkan prinsip eksklusiviti dengan memilih tawaran persembahan secara terhad untuk memastikan kualiti konsert terjaga.
  • Hujan mengekalkan kadar bayaran tertentu kerana mereka bergerak sebagai satu pasukan besar yang melibatkan lebih 30 kru belakang tabir dalam setiap persembahan.
  • Konsert Hujan XX: Hujan 20 Tahun berjaya menghimpunkan lebih 17,000 peminat dengan kejutan tetamu jemputan dan persembahan yang memberi kenangan manis kepada para Rangers.

Demi menjaga eksklusiviti, pemuzik AG Coco mengakui kumpulan yang dianggotainya iaitu Hujan mengamalkan prinsip tersendiri sebelum memilih sebarang tawadan persembahan bagi memastikan kualiti setiap penampilan mereka terus terjaga.

Menurut AG atau nama sebenarnya Mohd Hezry Mohd Hafidz, pendekatan itu sudah dipraktikkan sejak awal penubuhan Hujan dan percaya ia menjadi antara faktor konsert mereka sentiasa mendapat sambutan luar biasa daripada peminat.

“Sejak dahulu lagi, kami memang jarang menerima tawaran persembahan kerana mahu menjaga nilai eksklusiviti Hujan.

“Mungkin itu juga antara faktor yang membuatkan setiap kali Hujan mengadakan konsert, sambutan daripada penonton sentiasa menggalakkan,” katanya kepada Gempak.

AG berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pengumuman 15 finalis yang layak ke pentas akhir Anugerah Lagu Indie, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, AG menjelaskan bahawa Hujan turut mengekalkan kadar bayaran tertentu kerana mereka bekerja dalam satu pasukan yang besar yang meliputi setiap individu belakang tabir setiap kali melakukan persembahan.

“Kami juga menjaga kadar bayaran (rate card) kerana Hujan sentiasa bergerak sebagai satu unit, bukannya secara berasingan.

“Unit kami melibatkan lebih 30 orang termasuk kru visual, audio dan pelbagai bahagian lain.

“Mereka sudah lama bersama Hujan. Mereka memahami identiti, cara kerja dan apa yang dibawa oleh Hujan dalam setiap persembahan,” ujarnya.

Ditanya mengenai perasaan apabila berjaya menghimpunkan lebih 17,000 peminat pada Konsert Hujan XX: Hujan 20 Tahun minggu lalu, AG meluahkan rasa syukur selain mengakui tidak menyangka konsert berkenaan menerima sambutan yang begitu menggalakkan

“Dengan rasa tanggungjawab tinggi itu, kami buat kejutan dengan membawa tetamu jemputan yang tidak disangka-sangka.

“Kami melakukan sebaik mungkin dalam pelbagai aspek agar para Rangers pulang dengan satu kenangan yang sukar untuk dilupakan,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement