Skip to main content

Hiburan

Age Is Just A Number! Kris Dayanti Muncul Juara Wushu Kungfu 2026 Di Usia 51 Tahun

Kris Dayanti

Sekilas

  • Kris Dayanti, penyanyi dan pelakon Indonesia berusia 51 tahun, muncul juara acara Wanita Kumpulan E Shanzi di Kejohanan Wushu Kungfu Kebangsaan Indonesia 2026.
  • Beliau menyertai kejohanan bukan hanya untuk menang, tetapi juga untuk membuka peluang melahirkan atlet wushu muda di Indonesia.
  • Kris Dayanti sebelum ini pernah meraih pingat perak di Kejohanan Kungfu Dunia Ke-10 di China pada Oktober tahun lalu.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Kris Dayanti membuktikan usia bukan penghalang apabila muncul juara di Kejohanan Wushu Kungfu Kebangsaan Indonesia 2026.

Penyanyi berusia 51 tahun itu berjaya merangkul gelaran juara bagi acara Wanita Kumpulan E Shanzi yang berlangsung dari 22 hingga 26 Julai lalu.

Advertisement

Menerusi perkongsian yang dibuat di Instagram (IG), pelantun lagu Menghitung Hari itu memaklumkan bahawa penyertaannya bukan sekadar untuk memburu kemenangan, sebaliknya mahu membuka lebih banyak peluang dalam melahirkan atlet wushu muda di Indonesia.

Kris Dayanti dilihat turut memuaf naik bebefapa foto dan video sepanjang dirinya menyertai kejohanan berkenaan.

“Penyertaan saya dalam Kejohanan Wushu Kungfu Kebangsaan 2026 bukan hanya tentang bertanding, tetapi juga mencipta peluang untuk melahirkan atlet masa depan Indonesia.

“Setiap sesi latihan, setiap pertandingan dan setiap langkah dalam perjalanan ini adalah pelaburan untuk membentuk karakter, disiplin, semangat kesukanan serta kecemerlangan,” tulisnya.

Sekadar info, ini bukan kali pertama Kris Dayanti melakar kejayaan dalam sukan wushu.

Untuk rekod, Kris Dayanti turut meraih pingat perak di Kejohanan Kungfu Dunia Ke-10 yang berlangsung di Emeishan, China pada Oktober tahun lalu.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement