Skip to main content

Hiburan

Aghniny Haque Kongsi Pengalaman ‘Ditampar’ Remy Ishak Lebih 20 Kali - “Pipi Saya Merah Selepas Take Itu”

Aghniny Haque

Sekilas

  • Aghniny Haque berkongsi pengalaman mencabar ketika penggambaran filem Khadam yang menyebabkan dia dikejarkan ke hospital akibat kepenatan.
  • Pelakon itu menerima 25 kali tamparan ‘real’ daripada Datuk Remy Ishak dalam satu babak yang memeritkan sehingga wajahnya merah sebelah.
  • Filem Khadam turut menampilkan pelakon lain seperti Siti Khadijah Halim dan mendapat perhatian ramai.
Advertisement

Pelakon Indonesia, Aghniny Haque berkongsi pengalaman mencabar yang dilaluinya ketika menjalani penggambaran filem baharu lakonannya yang berjudul Khadam.

Menerusi perkongsian di sesi podcast Studio Sembang yang dikendalikan pelakon dan pengacara Amelia Henderson, Aghniny memaklumkan bahawa dia telah dikejarkan ke hospital selepas melakonkan beberapa babak dalam filem berkenaan.

Advertisement

“Ada babak yang saya perlu dimasukkan ke dalam kubur dan sebagainya. Saya kemudiannya dikejarkan ke hospital sebab mungkin terlalu penat melakonkan beberapa babak itu,” kongsinya.

Bukan itu sahaja, pelakon filem Pemandi Jenazah ini turut memaklumkan dia juga ‘ditampar’ sebanyak 25 kali sewaktu melakonkan babak bersama pelakon utama filem tersebut iaitu Datuk Remy Ishak.

“Saya juga ditampar banyak kali oleh Remy. Tamparan itu ‘real’ dan banyak sangat ‘shot’.

“Satu scene banyak sangat pukulan yang perlu dilakonkan dan selepas habis, muka saya merah sebelah.

“Saya boleh katakan yang saya ditampar sebanyak 25 kali oleh Remy,” kongsinya lagi.

Perkongsian itu membuatkan Amelia terkejut ketika mendengarnya dan tidak menyangka betapa tabahnya Aghniny sepanjang menjalani penggambaran filem tersebut.

Selain Aghniny dan Remy, filem Khadam turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Siti Khadijah Halim dan ramai lagi.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement