Skip to main content

Indonesia

Ahmad Dhani Berang Didakwa Cerai Mulan: “Binatang Adalah Pembuat ‘Hoax’ Terbaik"

dhani

Sekilas

  • Ahmad Dhani dan Mulan Jameela menafikan dakwaan perceraian yang tersebar di media sosial dan menegaskan rumah tangga mereka masih utuh.
  • Dhani meluahkan kemarahan terhadap penyebaran berita palsu itu di Instagram, manakala Mulan memohon doa dan kesabaran untuk keluarga mereka.
  • Setakat ini, tiada penjelasan rasmi mengenai punca tersebarnya berita palsu tersebut.

Ahmad Dhani dan Mulan Jameela akhirnya buka mulut dan membantah pemberitaan tentang rumah tangga mereka yang didakwa sudah berakhir.

Spekulasi Dhani dan Mulan didakwa sudah bercerai pertama kali disebarkan oleh seorang pengguna TikTok. Pasangan selebriti yang berkahwin secara rahsia pada tahun 2009 itu didakwa sedang menjalani kes perceraian mereka di mahkamah.

Berita tersebut menjadi kecoh dalam kalangan peminat di Indonesia sejak minggu lalu. Meski ramai yang sedar ia sebagai berita palsu namun ada juga dalam kalangan peminat yang percaya mengenai perceraian Dhani dan Mulan.

Melihat situasi yang semakin tidak terkawal, pengasas Dewa 19 itu meluapkan kemarahannya di akaun Instagram @ahmaddhaniofficial.

Dhani mengecam pihak-pihak yang menyebarkan informasi palsu mengenai rumah tangganya.

“Akhirnya Al, El, Dul, Shafeea menyaksikan sendiri betapa biadabnya pemberitaan hoax (palsu).

“Ternyata, binatang adalah pembuat hoax terbaik, bukan pemerintah,” tulis Dhani seperti dilaporkan Kompas.

Sementara itu, Mula juga melahirkan rasa kesal dengan pemberitaan palsu tersebut dengan menulis doa di akaun media sosialnya.

“Ya Allah, lindungilah keluarga kami dari perbuatan buruk sangka dan fitnah yang sudah barang tentu dapat merugikan... fitnah lebih kejam dari pembunuhan,” tulis Mulan.

Pada perkongsian sama, dia juga meminta kesabaran dan hikmah dari setiap ujian yang dialami keluarganya.

Sehingga kini, belum ada penjelasan tentang bagaimana berita palsu itu boleh tersebar.

Must-Watch Video

Advertisement