Skip to main content

Hiburan

Ahmad Idham Mohon Maaf, Tiada Niat Guriskan Hati Mana-Mana Pihak - “Saya Kecewa Kerana Kita Masih Berdepan Dengan Sikap Segelintir Pemandu Yang…”

Ahmad Idham

Sekilas

  • Pengarah dan penerbit Ahmad Idham memohon maaf jika kenyataannya mengenai kesesakan lalu lintas di Kota Damansara disalah faham oleh mana-mana pihak.
  • Beliau menegaskan hantaran tersebut bertujuan memberi kesedaran tentang sikap segelintir pemandu yang menghalang laluan dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya.
  • Ahmad Idham turut berkongsi bahawa sekolah pendidikan khas yang diusahakannya terjejas akibat kesesakan dan halangan laluan yang berterusan.

Pengarah dan penerbit terkenal, Ahmad Idham tampil membuat permohonan selepas menerima bermacam reaksi berhubung hantarannya mengenai kesesakan lalu lintas di sekitar Kota Damansara.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ahmad Idham atau nama sebenarnya Ahmad Idham Ahmad Nadzri menegaskan dia sama sekali tidak berniat untuk menyinggung hati mana-mana pihak menerusi kenyataan yang dibuatnya sebelum ini.

“Secara peribadi, jika benar-benar membaca konteks kenyataan itu, ia tidak ditujukan kepada mana-mana individu atau syarikat tertentu.

“Namun sekiranya ada pihak yang mungkin tersalah anggap terhadap apa yang saya tulis, saya ingin memohon maaf kerana itu bukan niat saya,” katanya.

Tambahnya, hantaran yang dibuat hanyalah untuk memberikan kesedaran kepada sesetengah pengguna jalan raya.

“Niat sebenar saya adalah kerana rasa kesal dan kecewa apabila pada tahun 2026 ini kita masih berdepan dengan sikap segelintir pemandu atau pemilik kenderaan yang mementingkan diri sendiri.

“Kita berhadapan dengan pemandu yang tidak memahami undang-undang serta sewenang-wenangnya menghalang laluan orang ramai di premis tertentu,” katanya lagi.

Menyambung percakapan, pengarah filem Impak Maksima ini memaklumkan sekolah pendidikan khas yang diusahakannya turut terjejas disebabkan kesesakan berkenaan.

“Bayangkan saya mempunyai sebuah sekolah pendidikan khas dan dalam premis itu terdapat ramai murid berkeperluan khas. Namun ada pihak yang tanpa rasa bersalah menghalang laluan tersebut, bukan sehari dua, tetapi sudah berbulan-bulan.

“Tindakan sudah diambil, namun pemandu serta pemilik kenderaan yang melalui laluan itu seolah-olah masih tidak mempunyai kesedaran,” ujarnya.

Terdahulu, luahan Ahmad Idham mengenai kesesakan lalu lintas itu turut mengundang pelbagai reaksi orang ramai termasuk usahawan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan isterinya, Datin Seri Shahida Mohd Rashid, yang juga menjalankan perniagaan di kawasan berkenaan.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement