Skip to main content

Hiburan

Ahmad Idham Nafi Cemburu, Beri Teguran Kerana Risau Keselamatan Pelajar - “Kalau Ada Kecemasan, Apa Awak Nak Buat?”

Ahmad Idham

Sekilas

  • Dr Ahmad Idham menafikan dakwaan cemburu terhadap perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri dan menjelaskan isu kesesakan lalu lintas di premisnya adalah kerana risau keselamatan anak-anak istimewa di pusat pendidikan khas yang diusahakannya.
  • Ahmad Idham menegaskan pusat pendidikan khas tersebut mendapat kelulusan pihak berkuasa dan bertujuan membantu kanak-kanak istimewa seperti autism, ADHD, dan sindrom down tanpa mengutamakan keuntungan semata-mata.
  • Beliau memohon maaf atas luahan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pengguna jalan raya yang meletakkan kenderaan secara double park sehingga mengganggu operasi sekolahnya.

Pengarah dan penerbit, Dr Ahmad Idham menafikan dakwaan yang mengatakan tujuan dirinya membangkitkan isu mengenai kesesakan lalu lintas di sekitar premis perusahaanya kerana cemburu terhadap perniagaan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri.

Menerusi video di Threads, Ahmad Idham atau nama lengkapnya Ahmad Idham Ahmad Nadzri, teguran yang dibuat hanyalah semata-mata kerana risau akan faktor keselamatan anak-anak istimewa di pusat pendidikan khas yang diusahakannya.

Perjelas pelakon Spanar Jaya itu, rasa bimbang mula timbul selepas berlakunya di peningkatan trafik di kawasan berkenaan sejak kebelakangan ini.

"Apabila kita bercakap fasal anak istimewa bermaksud saya perlu menitik beratkan isu keselamatan. Jadi apabila saya melihat dua, tiga bulan ini trafik makin banyak di premis saya dan semakin hari semakin ramai orang tidak bertamadun suka parking menghalang laluan lalu lintas dan pagar sekolah saya, bayangkan kalau awak berada di tempat saya. 

"Kalau ada kecemasan anak-anak istimewa ini saya tidak boleh bawa mereka ke hospital disebabkan ada sikap orang tidak bertanggungjawab menghalang laluan, apa awak nak buat?

"Ini bukan isu dengki tak dengki, ini bukan isu sebab orang itu lebih kaya perniagaannya lebih bagus. Tak ada kena mengena," ujarnya.

Bercerita lanjut, pengarah berusia 52 tahun ini menjelaskan bahawa pusat pendidikan khas yang diusahakannya itu bertujuan untuk membantu kanak-kanak istimewa seperti anak-anak autism, ADHD dan juga sindrom down.

"Perniagaan yang saya buat ini sebenarnya adalah untuk membantu orang. Saya cakap terus terang, semua orang dalam sekolah itu adalah orang berkemampuan tetapi ada juga yang tidak mampu saya ambil untuk belajar di situ. 

"Dalam masa saya tolong carikan penaja untuk mereka. Perniagaan saya memang tak besar mana pun. Ya perniagaan saya ni takkan mampu untuk beli bangunan harga berjuta ringgit. 

"Tapi kita kena ingat tak semua orang berniaga hanya untuk mengejar kekayaan. Ada orang berniaga demi mengejar keberkataan dan nak bantu orang lain," katanya.  

Menjawab pula dakwaan segelintir pihak yang mengatakan lokasi perniagaanya itu tidak sesuai dijadikan sekolah, Ahmad Idham memaklumkan premisnya itu sudah pun mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

"Jadi harap anda semua faham premis yang saya ada itu bukanlah untuk menjalankan perniagaan secara komersial tetapi lebih kepada supaya ada ruang untuk saya bantu lebih ramai ibu bapa dan anak-anak istimewa. 

"Kalau itu pun di mata anda semua salah, saya minta maaf. Kalau tanya saya, kenapa buka di premis itu kerana lokasinya sesuai. 

"Ketika saya buka pun dah dapat kelulusan daripada bomba, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Jadi kalau dah diizinkan kenapa saya tak boleh buka di kawasan itu? Mestilah saya nak buat di tempat besar juga supaya lebih ramai orang saya boleh bantu," katanya. 

Terdahulu, Ahmad Idham mencetuskan perbualan hangat apabila meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan segelintir pelanggan yang didakwa meletakkan kenderaan secara double park sehingga mengganggu operasi sekolah miliknya yang terletak berhampiran premis perniagaan Aliff Syukri.

Pengarah filem Impak Maksima itu kemudiannya membuat permohonan maaf dan menjelaskan hantaran yang dibuat hanyalah sebagai tanda kecewa terhadap sikap segelintir pengguna jalan raya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Must-Watch Video

Advertisement