Skip to main content

Hiburan

A Aida Ditidurkan, Rakan Selebriti Mohon Doa Orang Ramai

a aida

Perkembangan kesihatan penerbit, pelakon dan penulis skrip terkenal, Datuk A Aida, mengejutkan ramai pihak. Aktres Farahdhiya meluahkan kesedihan dengan situasi kesihatan rakan rapatnya itu.

Menerusi Instagram, pemilik nama Nur Farahdhiya Mohd Amin mengakui tidak dapat menahan air mata mengetahui Aida yang sedang ditidurkan di Unit Rawatan Rapi.

Advertisement

Mengenang kembali persahabatan yang bermula pada 2010, aktres berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu meluahkan perasaan risau dan sedih.

"Kami sudah berkawan lebih 15 tahun. Dia ibarat kakak saya. Banyak kenangan yang kami cipta bersama selama ini.

"Kami berkongsi banyak perkara iaitu perasaan, cerita dan suka duka kehidupan.

"Kadang-kadang kami bergaduh macam adik-beradik, tapi jauh di sudut hati tahu kami saling menyayangi. Kami terlalu kenal satu sama lain," luahnya.

Pada masa sama, pelakon Spa Q dan Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium itu mendedahkan, sempat berbual dengan Aida sebelum tidak sedarkan diri, namun wanita itu tidak memaklumkan tentang pembedahan yang dijalani.

“Saya nak minta tolong doakan kesembuhan buat kakakku A. Aida. Saya difahamkan beliau berada di ICU sekarang ni. Saya sendiri tak dapat jumpa lagi buat masa ni. Menggigil tangan masa dapat tau berita ni tadi sebab saya tak pernah nampak dia sakit.

"Semoga ALLAH permudahkan segalanya dan kurniakan akak kesembuhan. Aamiin," kongsinya.

Aida terdahulu menjalani pembedahan lutut pada Selasa lalu dan rebah selepas menjalani sesi fisioterapi.

Difahamkan, sewaktu fisioterapi, Aida meminta izin ke tandas kerana ingin muntah. Bagaimanapun, wanita berusia 55 tahun pucat dan rebah sebelum segera dibawa ke katil.

Pendakwah, Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim memaklumkan, Aida atau nama penuhnya Zaidah Awang kini di bawah pemantauan rapi hospital.

Mohd Izhar turut merayu orang ramai mendoakan sahabatnya itu agar segera sembuh.

Aida terdahulu menjalani pembedahan lutut pada Selasa lalu dan rebah selepas menjalani sesi fisioterapi.

Difahamkan, sewaktu fisioterapi, Aida meminta izin ke tandas kerana ingin muntah. Bagaimanapun, wanita berusia 55 tahun pucat dan rebah sebelum segera dibawa ke katil.

Pendakwah, Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim memaklumkan, Aida atau nama penuhnya Zaidah Awang kini di bawah pemantauan rapi hospital.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Must-Watch Video

Advertisement