Skip to main content

Selebriti

Aidilfitri Beri Makna Mendalam, Dayang Nurfaizah Hargai Masa Bersama Keluarga - “‘Feeling’ Raya Itu Lain Sikit…”

Dayang Nurfaizah Raya

Sekilas

  • Dayang Nurfaizah melihat Aidilfitri sebagai masa untuk menghargai keluarga dan mengenang insan tersayang yang telah tiada.
  • Baginya, sambutan raya bukan untuk meratapi, tetapi meraikan memori indah bersama keluarga.
  • Walaupun keluarga Dayang tinggal bersama, suasana Aidilfitri tetap membawa perasaan yang berbeza dan istimewa untuk berehat dan bersama-sama.

Penyanyi, Dayang Nurfaizah mengakui sambutan Aidilfitri bukan hanya sekadar hari perayaan tetapi membawa makna yang lebih mendalam buat dirinya.

Bagi Dayang, Aidilfitri adalah masa untuk menghargai keluarga dan mengingati kembali kenangan bersama insan tersayang yang telah tiada.

“Raya pada saya lebih kepada kita menghargai masa dengan keluarga, mengingati mereka yang telah tiada.

“Bukan kepada meratapi tetapi lebih kepada celebrate memori indah yang kita ada,” katanya kepada Gempak.

Tambahnya lagi, walaupun dia bersyukur kerana keluarganya tinggal bersama dan dapat bertemu hampir setiap hari, namun kata Dayang, suasana Aidilfitri tetap membawa perasaan yang berbeza dan lebih istimewa.

“Menghargai keluarga adalah makna raya yang paling besar bagi saya dan paling saya nantikan adalah masa bersama keluarga.

“Walaupun saya bersyukur setiap hari kerana keluarga tinggal bersama saya tetapi untuk raya, feeling itu lain sedikit.

“Selain itu, saya menggunakan kesempatan yang ada untuk berehat bersama keluarga,” ujarnya

Anda mungkin berminat dengan

KURTA PETAK TELUK BELANGA TRADITIONAL LENGAN TIGA SUKU MATERIAL GERMANY COTTON

KURTA PETAK TELUK BELANGA TRADITIONAL LENGAN TIGA SUKU MATERIAL GERMANY COTTON

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

YAN YAN Elora Kurung Muslimah Arab Style Elegan

YAN YAN Elora Kurung Muslimah Arab Style Elegan

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement