Skip to main content
Advertisement

Selebriti

AIM25: Ajai Jamin Penilaian Telus, Juri Ada Karya Tercalon Tak Dibenarkan Menilai - “Kalau Lagu Terbabit, Perlu Tandakan ‘S’…”

AIM25: Ajai Jamin Penilaian Telus, Juri Ada Karya Tercalon Tak Dibenarkan Menilai - “Kalau Lagu Terbabit, Perlu Tandakan ‘S’…”

Sekilas

  • Ketua Juri AIM25, Ajai, memastikan proses penilaian karya dilakukan secara telus dan bebas konflik kepentingan dengan mengecualikan juri yang terlibat dalam pencalonan kategori tertentu.
  • Ajai menjelaskan bahawa kebanyakan juri tidak mengetahui karya mereka tercalon kerana penghantaran lagu dibuat oleh pihak label, dan mereka hanya menilai secara profesional tanpa bias.
  • Semua juri memberikan kerjasama baik sepanjang proses penjurian, dan lagu "Diari Air Mata" ciptaan Ajai turut tercalon dalam kategori Lagu Pop Terbaik.
Advertisement

Ketua Juri Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25), Ajai memberi jaminan bahawa proses penilaian bagi setiap karya yang dipertandingkan dilakukan secara telus dan bebas daripada konflik kepentingan.

Menurut Ajai, mana-mana juri yang mempunyai karya atau terlibat dalam pencalonan bagi kategori tertentu akan dikecualikan daripada memberikan penilaian terhadap karya berkenaan.

Advertisement

Langkah tersebut merupakan antara prosedur yang ditetapkan oleh RIM bagi memastikan proses penjurian AIM25 berlangsung secara adil dan profesional.

“RIM membuat undang-undang, kalau ada juri itu terlibat dalam pencalonan yang dijurikan, sebelum dijurikan saya akan periksa.

“Kalau lagu itu ada terbabit, so dia kena tandakan 'S' dekat situ. Dia hanya mendengar sahaja tanpa memegang pena (memberikan penilaian). Perkara itu akan dipantau oleh saya dan juga pihak RIM,” jelasnya.

Ajai berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pengumuman Top 5 Anugerah Industri Muzik Ke-25 (AIM25) baru-baru ini.

Menjelaskan lebih lanjut, Ajai berkata kebanyakan artis yang dilantik sebagai juri juga tidak mengetahui karya mereka tercalon kerana proses penghantaran lagu dilakukan oleh pihak label.

“Untuk pengetahuan juga, bila mereka dipanggil pun, mereka tak tahu pun lagu-lagu mereka ada tercalon. Sebab penghantaran lagu dibuat oleh label.

“Sudah semestinya, kalau pakarnya ada di situ, industri kecil. Kita harus menggunakan kepakaran yang ada sekarang. Sama ada yang lama ataupun yang terlibat dalam muzik sekarang.

“Saya selaku ketua juri, pun tak tahu lagu saya ada di dalam kategori Pop. Sebab kita berkarya dan berkhidmat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ajai berkata kesemua juri yang terlibat setakat ini memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses penjurian dijalankan.

Untuk info, lagu Diari Air Mata yang dinyanyikan oleh Aisha Retno dan ciptaan sepenuhnya oleh Ajai tercalon dalam kategori Lagu Pop Terbaik.

Anda mungkin berminat dengan

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Must Watch Video

Advertisement