Skip to main content
Advertisement

Selebriti

AIM25: Hael Husaini, Alpha Curi Tumpuan, Masing-Masing Dengan Lima & Empat Pencalonan! Ini Senarai Penuh Top 5

AIM25: Hael Husaini, Alpha Curi Tumpuan, Masing-Masing Dengan Lima & Empat Pencalonan! Ini Senarai Penuh Top 5

Sekilas

  • Hael Husaini menerima lima pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25), termasuk kategori Runut Bunyi Terbaik dan Lagu Perpaduan Terbaik.
  • Kolaborasi Hael dengan Nadeera turut mendapat pencalonan dalam Video Muzik Terbaik, Susunan Muzik Terbaik, dan Lagu Perayaan Terbaik.
  • Kumpulan Alpha pula mencuri perhatian dengan empat pencalonan, termasuk Artis Baharu Terbaik dan Vokal Kumpulan Terbaik.
Advertisement

Penyanyi, Hael Husaini tidak kurang hebatnya apabila menerima sebanyak lima pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25).

Pencalonan itu sekaligus membuktikan kekuatan Hael yang bukan sahaja sebagai penyanyi, malah pencipta lagu juga.

Advertisement

Hael mara menerusi Alangkah dalam kategori Runut Bunyi Terbaik Di Dalam Filem Atau Drama, dengan Hael dan Iqie Hugh turut disenaraikan sebagai pencipta dan penulis lirik.

Lagu Bangkit Malaysia pula menjadi finalis Lagu Perpaduan Terbaik, sekali lagi memperlihatkan penglibatan Hael bukan sahaja sebagai penyanyi, tetapi juga pencipta dan penulis lirik.

Kolaborasi Hael bersama Nadeera menerusi Peluk pula menerima pencalonan bagi Video Muzik Terbaik serta Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu.

Advertisement

Satu lagi kolaborasi mereka, Meriah Lain Macam, turut disenaraikan dalam kategori Lagu Perayaan Terbaik.

Sementara itu, kumpulan yang sedang meningkat naik iaitu Alpha semakin mencuri perhatian apabila mereka menerima sebanyak empat pencalonan di AIM25.

Walaupun masih baharu dalam industri muzik, namun bakat mereka yang dicungkil menerusi program Big Stage Alpha ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Alpha tercalon dalam kategori Artis Baharu Terbaik menerusi lagu Mona Lisa dan juga Vokal Kumpulan Terbaik bagi lagu popular mereka yabg berjudul P Ramlee Saloma.

Sementara itu, lagu P Ramlee dan Saloma juga turut tercalon bagi kategori Lagu Pop Terbaik dan Rakaman Lagu Terbaik.

Berikut merupakan senarai penuh Top 5 pencalonan AIM25:

 

 



AIM25 edisi Jubli Perak akan berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak  pada Sabtu, 26 September 2026.


Majlis berprestij itu bakal dikendalikan pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya bersama personaliti TVS, Sheera Abang Mansur.

AIM25 akan disi arkan secara langsung ke seluruh negara menerusi TVS di Saluran 122 dan TVS Inspire.

Anda mungkin berminat dengan

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Must Watch Video

Advertisement