Skip to main content

Selebriti

AIM25: Mimifly Sapu Tiga Trofi Awal, Serumpun Menang Dua Kategori

AIM25: Mimifly Sapu Tiga Trofi Awal, Serumpun Menang Dua Kategori

Sekilas

  • Penyanyi Mimifly menang tiga trofi pra anugerah AIM25 termasuk Susunan Muzik Terbaik, Lagu Perayaan Terbaik, dan Anugerah Dalam Talian untuk lagu ‘Serumpun’.
  • AIM25 kali ini memperkenalkan dua kategori baru iaitu Lagu Borneo Terbaik dan Lagu Perayaan Terbaik, dengan malam kemuncak diadakan buat pertama kali di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak.
  • Beberapa pemenang lain termasuk Aidil Saleh untuk Kulit Single/Album Terbaik dan Aisha Retno untuk Rakaman Album Terbaik menerusi album ‘[RE.HAB]’.
Advertisement

Penyanyi Mimifly meraih tiga trofi menerusi kategori pra anugerah Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) yang diumumkan sebelum berlangsungnya malam kemuncak di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak, pada Sabtu.

Mimifly meraih kemenangan menerusi kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu ‘Nara’.

Advertisement

Kejayaan itu diteruskan apabila karya ‘Serumpun’ yang dicipta dan ditulis bersama Bo Amir Iqram memenangi Lagu Perayaan Terbaik.

‘Serumpun’ turut mengungguli Anugerah Dalam Talian: Lagu Dengan Hasilan Tertinggi Di TikTok, sekali gus menghadiahkan Mimifly tiga kemenangan awal pada AIM25.

Sementara itu, pereka Aidil Saleh memenangi kategori Kulit Single/Album Terbaik menerusi ‘Misompuru’ nyanyian Marsha Milan.

Advertisement

Album ‘[RE.HAB]’ nyanyian Aisha Retno pula membawa kemenangan kepada Jaydi dan Seatravel menerusi kategori Rakaman Album Terbaik.

Bagi Rakaman Lagu Terbaik, Koh Kok Boon muncul pemenang menerusi lagu ‘Gasoline’ nyanyian Akim & The Majistret.

Lagu ‘Seni Berdamai Dengan Takdir’ nyanyian Naim Daniel dan Adnin Roslan pula mengungguli Anugerah Dalam Talian: Lagu Paling Tinggi Distrim.

Karya ciptaan Amir Firdaus, Adib Hamdi dan Naim Daniel itu diterbitkan di bawah XO House dan Universal Music Malaysia.

Dalam pada itu, ‘Meriah Lain Macam’ nyanyian Hael Husaini dan Nadeera memenangi Anugerah Dalam Talian: Video Muzik Rasmi Malaysia Dengan Tontonan Tertinggi Di Pelantar Video Utama.

Lagu berkenaan merupakan hasil ciptaan dan tulisan Hael bersama Iqie Hugh.

Untuk rekod, AIM25 mempertandingkan sebanyak 32 kategori dengan 135 calon mara ke peringkat akhir selepas kira kira 600 pencalonan diterima. Edisi Jubli Perak itu turut memperkenalkan dua kategori baharu iaitu Lagu Borneo Terbaik dan Lagu Perayaan Terbaik.

Malam kemuncak AIM25 mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya berlangsung di Sarawak dengan BCCK dipilih sebagai lokasi penganjuran.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement