Skip to main content

Viral

Aina Abdul Jawab Tuduhan ‘Gagal’ Daripada Netizen, Pertahankan ‘Ya Habibi Ya Aidilfitri’ - "Saya Bersuara Kerana Rasa Tak Adil"

Astro Gempak aina habibi (1)

Sekilas

  • Penyanyi Aina Abdul menjawab komen negatif yang mengatakan lagu rayanya, Ya Habibi Ya Aidilfitri, gagal.
  • Aina berkongsi statistik sambutan lagu tersebut dengan hampir 500,000 tontonan di YouTube dan 100,000 strim di Spotify dalam masa seminggu.
  • Dia jarang membalas komen negatif tetapi memilih untuk bersuara kerana merasakan dakwaan itu tidak adil.
Advertisement

Penyanyi Aina Abdul tampil memberi respons terhadap satu komen negatif yang melabelkan lagu rayanya, Ya Habibi Ya Aidilfitri, sebagai tidak berjaya.

Isu itu timbul selepas seorang pengguna media sosial, @kazenotsubaki, meninggalkan pandangan ringkas tetapi pedas.

Advertisement

“Masalahnya lagu ini gagal,” tulisnya.

Tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani menjelaskan bahawa lagu berkenaan sebenarnya menerima sambutan yang memberangsangkan daripada pendengar.

“Hampir 500,000 tontonan dalam Youtube (dalam satu minggu), 100,000 strim dalam Spotify dan masih berterusan. Gagal ke macam ini?” tulisnya menerusi Instastory.

Dalam masa sama, Aina mengakui dia jarang memberi maklum balas terhadap komen berunsur negatif, namun kali ini memilih untuk bersuara kerana merasakan kenyataan tersebut tidak adil.

“Saya selalunya tidak balas komen yang berbaur kebencian. Tapi kali ini saya kena bersuara kerana merasakan ia tidak adil.

“Saya harap dan doakan anda berada di tempat paling bahagia sekarang, siapa pun anda yang menulis komen ini,” ujarnya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video

Advertisement