Skip to main content

Hiburan

Ainina Ahmad Imbau Momen Arwah Anak Bersama Arwah Nadia Kesuma - “Patutlah Kelmarin Tengok Cincin Ini Rasa…”

Nadia Kesuma

Sekilas

  • Ainina Ahmad B berkongsi rasa sebak mengenai pemergian sahabatnya, Allahyarham Nadia Kesuma, melalui video di TikTok yang memaparkan momen mesra arwah bersama anaknya, Nur Ara Elisya.
  • Nadia Kesuma dilaporkan meninggal dunia akibat sakit jantung selepas gagal dikesan sewaktu penerbangan dari Kuala Lumpur ke London melalui Jeddah.
  • Jenazah Nadia kini berada di Hospital King Fahad dan akan dikebumikan di Jeddah, manakala anak Ainina, Nur Ara Elisya, meninggal dunia pada 22 Jun lalu.

Pelakon, Ainina Ahmad B menyorot perhatian apabila meluahkan rasa sebak mengenai pemergian sahabatnya yang juga aktres, Allahyarham Nadia Kesuma.

Menerusi TikTok, Ainina memuat naik video memaparkan momen mesra arwah Nadia yang begitu mesra melayan anak syurganya, Nur Ara Elisya.

“Kasih sayang yang ikhlas, pernah membahagiakan anak syurgaku.

“Patutlah kelmarin tengok cincin ini hari rasa sedih sedangkan sudah lama kusimpan,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, Ainina mendoakan agar roh anak serta sahabatnya itu dicucuri rahmat Allah SWT.

“Al-fatihah untuk anak syurgaku dan semoga syurga juga tempatmu, Nadia Kesuma.

“Takziah buat ahli keluarga beliau,” tulisnyq lagi.

Terdahulu, Nadia dilaporkan gagal dikesan sewaktu penerbangannya dari Kuala Lumpur ke London yang transit sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.

Pada pagi Ahad, anak perempuan Allahyarhamah kemudiannya memaklumkan bahawa ibunya meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu menerusi laman Threads.

Jenazah Nadia kini berada di Hospital King Fahad dan akan dikebumikan di Jeddah.

Sementara itu, anak kepada Ainina iaitu Nur Ara Elisya menghembuskan nafas terakhir pada 22 Jun yang lalu.

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement