Skip to main content

Selebriti

Ainul Aishah Tumpang Gembira, Puji Cara Syed Saddiq Hargai Bella Astillah - “Angkat Nama Bakal Isteri, Sediakan Masa Depan Yang Lengkap…”

Ainul Aishah Bella

Sekilas

  • Ainul Aishah terharu dengan ucapan Syed Saddiq yang penuh bermakna buat bakal isterinya, Bella Astillah.
  • Ainul memuji tindakan Syed Saddiq sebagai lelaki sejati yang menghargai wanita dan menyediakan masa depan dengan ikhlas.
  • Bella Astillah kini bertunang dengan Syed Saddiq selepas berpisah buat kali kedua dengan bekas suami, Aliff Aziz, dan mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.

Pelakon, Ainul Aishah menyatakan rasa terharu apabila mendengar ucapan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang ditujukan khas buat bakal isterinya iaitu aktres, Bella Astillah.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Ainul menyifatkan ucapan tersebut sebagai sesuatu yang cukup menyentuh hati dan penuh bermakna kepada seorang wanita.

“Speech (perbahasan) YB Syed Saddiq untuk bakal isteri Bella Astillah tadi. Ya Allah sweet sangat. He didn’t miss a word.

“Apa yang dia nak cakap pasal Bella tu memang sangat tepat dan peminat pun tahu,” tulisnya.

Dalam hantaran yang sama, Ainul berkata , tindakan seorang lelaki yang mengangkat dan menghargai wanita yang dicintai serta menyediakan masa depan dengan penuh keikhlasan adalah sesuatu yang wajar dipuji.

“Lelaki sejati apabila dia angkat nama seorang wanita paling ke atas. Angkat nama bakal isteri, sediakan masa depan yang lengkap dengan ikhlas. And that is YB SS (and also my husband).

“Kena selit nama suami sebab nanti korang semua fikir bukan bukan lah pulak hahaha. I’m just a happy wife yang tumpang gembira dengan kisah hidup orang lain,” coretnya.

Terdahulu, Bella Astillah dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pada petang Sabtu.

Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016.

Pasangan itu bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk kembali, namun berpisah kali kedua pada Mac 2024.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sumber: Threads @ainulaishah

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Must-Watch Video

Advertisement