Skip to main content

Selebriti

Aisar Khaled Sebak, Sujud Syukur Berjaya Tubuh Pejabat Urusan Di Indonesia - “Bermacam Ujian Saya Lalui, Ditipu, Difitnah, Dicaci…”

Aisar sujud syukur

Sekilas

  • Aisar Khaled kini mempunyai pejabat urusan rasmi AK Legacy di Indonesia selepas setahun berjuang di sana.
  • Dia berkongsi momen sebak dan sujud syukur di Instagram sebagai tanda kejayaan mengatasi pelbagai dugaan dan cabaran.
  • Aisar berazam membuka peluang rezeki kepada masyarakat Indonesia dan pernah disambut oleh 20,000 peminat di Bandar Acheh.

Personaliti media sosial, Aisar Khaled mengucapkan rasa syukur apabila impiannya untuk menubuhkan pejabat urusan rasmi di Indonesia akhirnya menjadi kenyataan.

Momen penuh emosi itu dikongsikan Aisar menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Video pendek itu merakamkan Aisar kelihatan sebak dan melakukan sujud syukur di hadapan pejabat urusan miliknya iaitu AK Legacy.

Menurut Aisar, perjalanan untuk mencapai kejayaan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah kerana dia berdepan dengan pelbagai dugaan yang menguji mental dan emosinya.

“Setelah satu tahun, seorang anak rantau berada di Indonesia, bermacam-macam ujian yang saya lalui, ditipu, difitnah, dicaci,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Aisar, segala kepahitan yang dilalui tidak mematahkan semangatnya, sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk terus bangkit dan meneruskan matlamatnya membantu rakyat di negara berkenaan.

“Tetapi saya tetap berpegang kepada satu misi, membuka peluang rezeki kepada lebih ramai masyarakat di Indonesia.

“Selamat datang ke kantor urusan AK Legacy,” katanya.

Sebelum ini, difahamkan Aisar juga pernah mencipta sejarah apabila ketibaannya di Bandar Acheh telah disambut seramai 20,000 peminatnya.

Must-Watch Video

Advertisement