Sekilas
- Aisha Retno mencuri perhatian netizen selepas berkongsi video dance challenge di Threads.
- Netizen perasan tumit kasut Aisha patah ketika dia sedang menari dan meninggalkan komen lucu tentang kasut tersebut.
- Walaupun kasut patah, Aisha tetap meneruskan tarian dengan profesional tanpa mengganggu aksi.
Penyanyi, Aisha Retno mencuri perhatian netizen selepas berkongsi video terbaharu di media sosial.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Aisha memuat naik video pendek yang merakamkan dirinya sedang melakukan dance challenge.
“Show must go on orang kata… siapa perasan? Huhu,” tulisnya.
Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila netizen menyedari tumit kasut Aisha patah ketika dia sedang rancak menari.
Insiden tersebut mengundang gelak netizen apabila ada yang secara berseloroh menggelar kasut berkenaan sebagai ‘kasut slip disk’, selain meninggalkan pelbagai komen lucu.
Walaupun berdepan insiden tidak dijangka itu, Aisha dilihat tetap meneruskan dance challenge berkenaan seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Sikap Aisha yang kekal profesional dan tidak membiarkan insiden kecil itu mengganggu aksinya turut mencuit hati netizen.
Sumber: Threads @aisharetno02