Skip to main content

Selebriti

Aisha Retno Jawab Teguran Netizen Dakwa Dirinya Nampak Tak Profesional - “Saya Tahu Bila Masa Sesuai Nak Jadi ‘Kacip’…”

Aisha Retno Jawab Teguran Netizen Dakwa Dirinya Nampak Tak Profesional - “Saya Tahu Bila Masa Sesuai Nak Jadi ‘Kacip’…”

Sekilas

  • Aisha Retno menjawab teguran netizen yang menganggap sikapnya yang suka berseloroh dan buat ekspresi lucu kurang profesional sebagai artis.
  • Dia menegaskan tiada salahnya berseronok asalkan tahu bezakan masa untuk bergurau dan serius.
  • Aisha juga menegaskan dia tidak akan mengecewakan ibu bapa dan menghargai ilmu perhubungan awam yang dipelajari di Universiti Malaya.
Advertisement

Penyanyi, Aisha Retno tampil menjawab teguran seorang netizen mendakwa sikapnya yang gemar berseloroh dan membuat ekspresi lucu pada wajah boleh membuatkan dirinya kelihatan tidak profesional sebagai seorang artis.

Menerusi komen tersebut, netizen menyatakan Aisha merupakan seorang penyanyi yang bagus, namun berpendapat personaliti ditonjolkan perlu lebih kelihatan peofesional memandangkan statusnya sebagai seorang artis yang turut mempengaruhi orang lain.

Advertisement

“Sekadar pandangan saya, Aisha sememangnya seorang penyanyi yang sangat bagus, tetapi cara dia yang sering membiarkan fikiran spontan menguasai dirinya pada setiap kesempatan (seperti meniru wajah atau gaya ‘Kacips’) membuatkan dia kelihatan tidak profesional.

“Latar belakang atau keturunan anda boleh jadi apa sahaja, tetapi cara anda membawa personaliti diri itu penting kerana anda membawa imej sebagai seorang artis dan turut mempengaruhi orang lain,” tegurnya.

Tidak cepat melatah, Aisha kemudiannya menjawab teguran tersebut dengan lembut.

Aisha berkata, tiada salah untuk dirinya berseronok selagi dia tahu membezakan antara masa untuk bergurau dan perlu bersikap serius.

Malah, Aisha turut menegaskan dia tidak akan mengecewakan ibu bapanya dengan didikan yang diterimanya selama ini.

“Bismillah, tiada salahnya untuk berseronok sedikit, seperti kata orang, YOLO. Jadi, jangan risau okay!

“Setakat ini, dengan didikan ibu bapa Aisha, saya tahu bila masa yang sesuai untuk menjadi ‘kacip’ dan bila masa untuk berbincang secara serius seperti yang anda lihat dalam temu bual ini.

“Saya tidak akan mengecewakan ibu bapa saya dengan pendidikan yang telah mereka berikan! Terima kasih juga kepada Universiti Malaya atas ilmu perhubungan awam (PR) yang banyak membantu saya setakat ini!

“Mungkin masih ada beberapa kesilapan di sana sini, tetapi pengalaman sedang membentuk kesedaran diri saya. Insya-Allah, ketahuilah pucuk pangkal dulu,” tegasnya.

Untuk info, posting itu kemudiannya telah pun dipadamkan oleh individu tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement