Sekilas
- Penyanyi Aisha Retno tidak melatah dan membalas teguran aktres Fazlina Ahmad Daud mengenai busana kebaya dan batik yang digayakannya di acara Keretapi Sarong 2026 dengan nada positif di Threads.
- Video penampilan Aisha di acara tersebut mendapat pujian ramai di media sosial atas kecantikan dan personalitinya.
- Fazlina menjelaskan bahawa tegurannya tidak bertujuan untuk mengguris perasaan sesiapa dan hanya berkongsi pandangan mengenai fesyen Aisha.
Penyanyi, Aisha Retno tidak melatah selepas menerima teguran daripada aktres, Fazlina Ahmad Daud mengenai busana yang digayakannya ketika menghadiri acara Keretapi Sarong 2026, baru-baru ini.
Malah, Aisha dilihat membalas teguran tersebut dengan nada positif menerusi satu hantaran di Threads.
“Love u kak❤️❤️❤️ im a big fannnnn,saya vote akak okay for Kilauan Emas Malaysia kita satu bangsa kita satu negarahhhh❤️❤️,” tulisnya. 
Terdahulu, Fazlina Ahmad Daud terpanggil menegur gaya penyanyi Aisha Retno yang menggayakan busana kebaya dan batik ketika menghadiri acara Keretapi Sarong 2026, pada Rabu.
Menerusi perkongsian seorang individu di Threads, video memaparkan penampilan Aisha ketika menyertai acara berkenaan mendapat perhatian ramai dengan ramai memuji kecantikan serta personalitinya.
Komen Fazlina itu menarik perhatian pengguna Threads yang turut berkongsi pelbagai pandangan mengenai fesyen busana batik digayakan Aisha dalam acara Keretapi Sarong 2026.
Dalam pada itu, Fazlina mengakui dia tidak berniat untuk mengguris perasaan mana-mana pihak berhubung tegurannya itu.
Sumber: Threads