Pelakon dan usahawan, Nur Fazura memaklumkan bahawa akaun Instagram milik anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, telah digantung.
Fazura berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di platform Threads pada Jumaat.
Advertisement
Menurut Fazura, akaun tersebut telah digantung sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu.
Tambahnya lagi, perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini sejak akaun itu diwujudkan lebih setahun lalu.
“Akaun Instagram anakanda Faz, Nur Fatima Aisya digantung ketika ini. Akaun ini telah digantung dua kali dalam tempoh seminggu, dan ianya pertama kali berlaku selepas lebih setahun Faz buatkan akaun ini untuk Fatima,” maklumnya.
Dalam masa yang sama, Fazura berkata tindakan sewajarnya telah pun diambil bagi menangani isu tersebut dan berharap agar akaun berkenaan dapat dikembalikan seperti sedia kala.
“Tindakan sewajarnya telah diambil, terima kasih atas sokongan semua dan mohon doakan semoga Allah SWT permudahkan untuk akaun ini dapat di kembalikan buat kenangan dan memori Fatima dan kita bersama.. amin,” tulisnya.
Berikut merupakan kenyataan Fazura:
