Skip to main content

Hiburan

Aktor Popular Dakwa Kena Halau Dari KLFW - “Bukan Teringin Sangat Nak Pergi…”

Menerusi hantaran di Threads, Azrel berkata kejadian berlaku selepas seorang kaki tangan majlis tersebut didakwa tidak mengetahui bahawa dia dan pasukannya hadir atas urusan kerja.

Sekilas

  • Pelakon Azrel Ismail kecewa selepas pasukannya dihalau ketika menghadiri Kuala Lumpur Fashion Week kerana salah faham mengenai tujuan kehadiran mereka.
  • Azrel menjelaskan mereka hadir atas urusan kerja untuk menghasilkan kandungan, bukan sekadar untuk menikmati pertunjukan.
  • Pengasas KLFW telah menghubungi dan memohon maaf secara peribadi selepas isu ini dibangkitkan oleh Azrel.
Advertisement

Pelakon, Azrel Ismail meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa pasukannya dihalau ketika menghadiri Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Threads, Azrel berkata kejadian berlaku selepas seorang kaki tangan majlis tersebut didakwa tidak mengetahui bahawa dia dan pasukannya hadir atas urusan kerja.

Advertisement

“Sejujurnya, aku memang tak berapa minat pergi fashion show. Hari itu pun sebab ada komitmen dengan KLFW x Suria KLCC. Malangnya, team aku kena halau sebab salah seorang wakil wanita tak tahu kami datang untuk content. Jadi, tolonglah study dengan betul siapa yang datang dan atas urusan apa sebelum sesuka hati halau orang.

“Orang bukan teringin sangat nak datang, tunggu panas-panas semua itu. Banyak lagi benda lain yang orang boleh buat dengan masa mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Azrel turut memberikan kredit kepada pihak KLFW kerana mengambil tindakan segera.
Menurut Azrel, pengasas KLFW sendiri menghubunginya secara peribadi dan datang berjumpa dengannya untuk memohon maaf atas apa yang berlaku.

“Tapi, kredit tetap diberikan kepada pihak yang sepatutnya. Selepas saya membangkitkan isu ini kepada pihak KLFW, pengasas sendiri mesej saya dan datang berjumpa terus semata-mata untuk memohon maaf.

“Saya sangat menghargai perkara itu. Sejujurnya, benda ini bukanlah masalah besar kalau saya datang sekadar untuk menikmati pertunjukan. Saya pun takkan bawa satu pasukan, mungkin seorang PA sahaja.

“Tapi kali ini memang ada komitmen content. Jadi, sudah tentu saya sangat mementingkan kualiti dan memerlukan team saya berada di sana untuk menghasilkan kerja dengan baik,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement