Skip to main content

Hollywood

Aktor X-Men, Tyler Mane Malu Didiagnos Hidap Kanser Payu Dara

Astro Gempak Tyler Mane

Sekilas

  • Tyler Mane, pelakon X-Men, mendedahkan dia didiagnos dengan kanser payu dara yang jarang menyerang lelaki.
  • Dia mengaku malu pada awalnya dan mahu merahsiakan penyakit itu, tetapi akhirnya berkongsi untuk tingkatkan kesedaran.
  • Mane berharap pendedahannya dapat membantu orang ramai faham bahawa kanser payu dara lelaki boleh dicegah jika dikesan awal.
Advertisement

Aktor X-Men, Tyler Mane mendedahkan dirinya telah didiagnos dengan kanser yang jarang menyerang kaum lelaki iaitu kanser payu dara.

Dalam pendedahan yang dibuat di akaun media sosial, bintang Deadpool & Wolverine itu juga mengaku malu untuk berdepan kenyataan dirinya telah diserang kanser tersebut dan berhasrat merahsiakannya. Namun dia akhirnya berkongsi tentang penyakit tersebut.

Advertisement

“Saya perlu jujur, reaksi pertama saya adalah untuk merahsiakan saya diserang kanser payı dara kerana ia tidak ‘terkenal’ dalam kalangan lelaki.
Dan lelaki tidak bercerita tentangnya.

“Ia agak memalukan. Namun saya mendapati sebenarnya kanser ini banyak menyerang lelaki sebenarnya dan menganggap ia remeh sehingga sukar diselamatkan.

“Malah doktor saya juga tidak mengambil berat sehingga isteri saya memaksa benjolon tersebut dibuang daripada payu dara saya,” dedahnya seperti dilaporkan Yahoo!.

Bintang berusia 59 tahun itu lagi mendakwa hanya 1 peratus kanser payu dara dikesan menyerang lelaki, namun boleh ditangani jika dicegah dari awal. Dia juga berharap perkongsian dan pendedahan yang dibuat dapat menyebarkan kesedaran kepada khalayak.

Mane sebelum ini terkenal menerusi watak Sabretooth menerusi filem pertama X-Men selain terlibat dengan beberapa filem terkenal seperti Troy dan siri Halloween.

Anda mungkin berminat dengan

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Must Watch Video

Advertisement