Sekilas
- Salina Saibi mengucapkan selamat ulang tahun kepada Maria Danisha, anak Abby Abadi, dan menasihati Maria agar memohon maaf kepada ibunya jika ada kesalahan.
- Salina juga meminta Abby memaafkan anaknya serta memberi ruang kepada mereka membuat pilihan demi ketenangan masing-masing, sambil mengajak Abby bersangka baik terhadap situasi yang berlaku.
- Abby Abadi meluahkan rasa kecewa dan terkilan di Instagram kerana merasa pengorbanannya sebagai ibu tidak dihargai oleh anak-anaknya.
Pelakon, Salina Saibi menzahirkan ucapan ulang tahun buat anak kepada aktres, Abby Abadi iaitu Maria Danisha Hakim.
Menerusi hantaran di ruangan komen Abby Abadi, Salina turut menitipkan pesanan kepada Maria agar memohon maaf kepada ibunya andai ada kesalahan yang dilakukannya.
“Baby birthday ke? HB baby..🌹 Jumpa mak tau sayang. B peluk je mama tu kuat-kuat jangan lepas. Kemudian minta maaf terus.
“Ingat doa mama tu makbul tau. Insya-Allah… Allah angkat darjat U lagi.
“Kak Abby be strong ok. I call U, PM U tak answer,” tulisnya.
Dalam perkongsian sama, Salina turut meminta Abby supaya memaafkan anaknya dan memberikan ruang kepada mereka untuk membuat pilihan berdasarkan apa yang dirasakan memberikan ketenangan kepada diri mereka.
Salina turut mengajak Abby supaya bersangka baik terhadap situasi yang berlaku, termasuk kemungkinan anak-anak kini lebih banyak meluangkan masa bersama bapa mereka.
“Maafkanlah dia kak. Anak ni, mereka ikut rasa hati, naluri dan jiwa. Mana yang mereka rasa tenang, happy, di situlah mereka cari. Tak semestinya bahagia, only Allah know everything.
“Syukurlah bukan di tempat yang salah. Cuma akak kena kuat menonton kebahagiaan itu. U sakit, I pun terasa ok. Sebab ke mana-mana dengan U je time ngandung baby dulu. Kan shoot pun sama-sama. Semua dalam poket ni tahu.
“Husnuzon je kak. Akak fikir U kan busy cari duit, maybe Abang Norman lebih masa di situ untuk santuni anak-anak uolls.Dia nak baik pulih, nak beli jiwa anak yang dia dah buat silap dulu. Bagi peluang tau kak. Akak biarkan je kak.
“Mereka dah besar kak, dah matang. Bijak pandai pula tu. Akal ada, otak pun ada. Baik buruk pun tahu, mereka menilai,” tulisnya.
Terdahulu, luahan Abby sempena hari lahir Maria Danisha mengundang perhatian netizen apabila dia meluahkan rasa kecewa dan terkilan terhadap situasi yang dilaluinya sebagai seorang ibu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Abby meluahkan perasaan mengenai pengorbanannya dalam membesarkan anak-anak yang dirasakan seakan-akan dilupakan.
Dalam pada itu, Abby turut mengakui dirinya makan hati dengan anak-anak yang didakwa sudah melupakan segala pengorbanan yang dilakukan selama ini.