Sekilas
- Pelakon Shaza Bae berkongsi pengalaman tidak dibenarkan duduk di tempat yang sepatutnya semasa Kuala Lumpur Fashion Week walaupun pasukan kameranya sudah bersedia untuk rakaman.
- Shaza terpaksa berdiri sepanjang pertunjukan kerana alasan kehadirannya dianggap "terlambat" walaupun acara belum bermula.
- Sebelum ini, aktor Azrel Ismail juga meluahkan kekecewaan selepas pasukannya dihalau dari acara yang sama kerana salah faham mengenai tujuan kehadiran mereka.
Selepas aktor, Azrel Ismail mendakwa dia dan pasukannya dihalau daripada sebuah pertunjukan fesyen di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW), pelakon Shaza Bae turut tampil berkongsi pengalaman yang hampir sama.
Menurut Shaza, dia tidak dibenarkan duduk di tempat yang sepatutnya walaupun kerusi berkenaan berada di bahagian hadapan dan pasukan kamera sudah bersedia untuk membuat rakaman.
“I pun kena juga. Dorang tak bagi I sit at my seat yang betul-betul depan, team camera semua standby because it was ‘too late’, padahal show tak start lagi.
“I end up standing throughout the whole show. 😂” tulisnya.
Terdahulu, Azrel Ismail meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa pasukannya dihalau ketika menghadiri Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Threads, Azrel berkata kejadian berlaku selepas seorang kaki tangan majlis tersebut didakwa tidak mengetahui dia dan pasukannya hadir atas urusan kerja.