Skip to main content
Advertisement

Kpop

Aktres Shin Se Kyung Didakwa Beli Kediaman Mewah Cecah RM100 Juta

Aktres Shin Se Kyung Didakwa Beli Kediaman Mewah Cecah RM100 Juta

Sekilas

  • Pelakon Korea Selatan, Shin Se Kyung, dilaporkan membeli unit mewah di L'ARBRE 27, projek kediaman eksklusif di Gangnam, Seoul yang bernilai lebih RM100 juta.
  • Projek ini hanya mempunyai 27 unit dengan tahap privasi tinggi dan dibangunkan oleh Hyundai Engineering & Construction di tapak lama kuarters kakitangan Daewoong Pharmaceutical.
  • Shin Se Kyung juga mengesahkan akan berlakon dalam drama TVING berjudul Love Virus bersama Jung Hae In yang dijadualkan tayang pada 2027.
Advertisement

Pelakon popular Korea Selatan, Shin Se Kyung dilaporkan telah membeli sebuah unit di L'ARBRE 27, projek kediaman ultra-mewah yang terletak di Samseong-dong, Gangnam, Seoul.

Apa yang menarik perhatian, kediaman paling mahal di pembangunan tersebut dilaporkan berharga lebih 40 bilion won (sekitar AS$29.8 juta atau lebih RM100 juta).

Advertisement

Pemengang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam kategori Filem di Anugerah Baeksang Arts ke-62 menerusi lakonannya dalam Humint itu juga dikatakan bakal berpindah ke kediaman mewah itu pada tahun depan, lapor AllKPop.

Menurut laporan TenAsia,  Se Kyung dipercayai membeli sebuah unit di L'ARBRE 27, kompleks kediaman eksklusif yang sedang dibangunkan di 90-20 Samseong-dong, Gangnam. Projek berkenaan dikendalikan oleh Hyundai Engineering & Construction dan bakal menampilkan dua bangunan dengan hanya 27 unit kediaman.

Lebih menarik, lokasi pembangunan itu sebelum ini merupakan tapak kuarters kakitangan milik Daewoong Pharmaceutical. L'ARBRE 27 dirancang mempunyai lima tingkat bawah tanah serta tujuh tingkat di atas tanah.

Advertisement

Kalau dibandingkan dengan kediaman mewah biasa, harga rumah di L'ARBRE 27 sememangnya berada pada kelas tersendiri. Dengan hanya 27 kediaman, projek ini sememangnya direka untuk menawarkan tahap privasi yang tinggi berbanding kompleks apartmen berskala besar.

Namun agensi bintang tersebut, The Present Company tidak memberi pengesahan terhadap laporan tersebut.

“Agak sukar untuk mengesahkan kerana ia melibatkan kehidupan peribadinya,” kata pihak agensi.

Dalam perkembangan terbaharu, Shin Se Kyung juga sudah mengesahkan projek lakonan seterusnya.
Dia bakal bergandingan dengan Jung Hae In menerusi drama original TVING berjudul Love Virus, yang dijadualkan ditayangkan pada 2027.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

L'Occitane Shea Butter Extra Gentle Soap - Milk 250g

L'Occitane Shea Butter Extra Gentle Soap - Milk 250g

Must Watch Video

Advertisement