Skip to main content

Hiburan

Akui Introvert, Erysha Emyra Perlu ‘Kumpul Tenaga Sosial’ Bila Balik Raya

ERYSHA EMYRA

Sekilas

  • Erysha Emyra kini lebih suka naik kapal terbang untuk balik kampung ke Kelantan kerana tidak tahan dengan kesesakan jalan raya yang boleh mengambil masa sehingga 26 jam.
  • Dia mengakui dirinya seorang yang introvert dan biasanya banyak diam ketika berkumpul dengan keluarga atau menghadiri majlis.
  • Namun, selepas dikenali ramai sebagai pelakon, Erysha perlu bersedia untuk berinteraksi dengan ramai orang setiap kali balik raya.

Setiap kali pulang ke kampung halamannya di Kelantan, pelakon Erysha Emyra akui dia tidak kisah untuk menaiki kereta.

Namun sejak usianya meningkat, dia lebih memilih untuk menaiki kapal terbang kerana tidak sanggup untuk menempuh kesesakan lalu lintas yang mungkin mencapai satu hari perjalanan.

“Oh dulu masa kecil-kecil saya suka naik kereta. Naik kereta lama-lama memang rasa seronok.

“Tapi sekarang ya Allah… sampai 26 jam semua. Rasa macam tak apalah sakit belakang, mungkin sebab dah tua kot. Pernah juga perjalanan sampai 18 jam, 20 jam tu memang biasalah. Tapi sekarang biasanya keluarga saya akan balik awal.

“Sejak tiga tahun dalam industri ini, saya selalunya balik paling lambat sebab komitmen kerja. Jadi mereka balik dulu, saya pula balik naik kapal terbang,” ujarnya.

Dalam masa sama, Erysha turut berkongsi bahawa dirinya sebenarnya seorang yang agak introvert, terutama ketika menghadiri majlis atau berkumpul dengan ramai orang.

“Saya sebenarnya seorang yang sangat introvert. Kalau dulu balik Kelantan atau balik raya ke mana-mana, saya banyak diam sahaja.

“Saya tak bercakap sangat dengan orang. Saya lebih senyap saja,” katanya.

Namun kini, situasinya sedikit berbeza kerana ramai yang sudah mengenalinya sebagai seorang pelakon.

“Tapi sekarang bila balik raya, ramai pula yang tegur, ‘Hai Erysha!’. Jadi saya kena balaslah ‘Hai!’.

“Biasanya bila balik raya saya kena ‘prepare’ tenaga sosial itu. Kena kumpul dulu ‘social energy’,”

Menurutnya, sebelum dikenali ramai, dia lebih banyak berdiam diri setiap kali pulang beraya dan berjumpa saudara-mara," tambahnya. 

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement