Skip to main content

Selebriti

Alami ‘Dilema Mak-Mak’, Uqasha Berat Hati Tinggalkan Anak Pergi Kerja - “Bila Dia Menangis Tak Nak Lepas, Saya Terpaksa…”

Uqasha Hawra

Sekilas

  • Pelakon Uqasha Senrose berkongsi cabaran emosi meninggalkan anaknya, Hawra Uqaira, setiap kali keluar menjalani penggambaran.
  • Uqasha masih menyesuaikan diri sebagai ibu sambil mengimbangi tanggungjawab keluarga dan kerjaya.
  • Uqasha dan suaminya, Kamal, berkahwin pada 2021 dan bercerai pada Januari tahun ini, dikurniakan seorang anak perempuan bersama.
Advertisement

Pelakon, Uqasha Senrose akui berdepan dengan cabaran emosi setiap kali terpaksa meninggalkan anaknya, Hawra Uqaira setiap kali keluar menjalani penggambaran.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Uqasha menyatakan rasa berat itu semakin dalam lebih-lebih lagi apabila anaknya menangis dan enggan melepaskannya.

Advertisement

“Macam mana eh setiap hari nak pergi shooting kena tinggal anak? Berat gila nak tinggal terutamanya bila dia menangis tak nak lepas dan Qasha terpaksa tiba-tiba hilang dari dia,” luahnya.

Kata Uqasha lagi, pengalaman itu masih baharu buat dirinya dan masih dalam proses menyesuaikan diri sebagai seorang ibu selain perlu mengimbangi tanggungjawab terhadap keluarga serta kerjaya.

“Ini sangat baru pada saya untuk rasa dan handle perkara seperti ini. Siapa mak mak yang dah dua tiga orang anak tapi kena tinggal anak sebab kerja ? Macam mana korang so strong?” coretnya.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

Mereka kemudiannya disahkan bercerai pada 12 Januari yang lalu.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement