Skip to main content

Selebriti

Alha Alfa Nasihat Jangan Terus Guna Produk Kosmetik, Kena ‘Test’ Dulu - “Kalau Main ‘Confident’ Je…”

Alha Alfa Nasihat Jangan Terus Guna Produk Kosmetik, Kena ‘Test’ Dulu - “Kalau Main ‘Confident’ Je…”

Sekilas

  • Datuk Alha Alfa menasihatkan pengguna supaya mencuba dan menguji produk kosmetik baru terlebih dahulu sebelum digunakan sepenuhnya.
  • Alha menekankan pentingnya memahami tekstur dan kadar keluaran produk, terutama yang menggunakan spray atau pump.
  • Alha juga mengingatkan pengguna supaya berhati-hati dan bijak dalam mengawal penggunaan produk kosmetik untuk hasil yang lebih baik.
Advertisement

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa menasihatkan pengguna supaya tidak terus menggunakan produk kosmetik yang baru dibeli tanpa mencuba atau menguji terlebih dahulu cara penggunaannya.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Alha berkata langkah itu penting bagi memastikan pengguna memahami tekstur serta kadar keluaran produk, khususnya yang menggunakan spray atau pump.

Advertisement

“Beli produk tu, kite seharusnya cuba mencuba dulu. Kalau saya jenis macam tu. Apa pun produk, kena tekan dan picit sikit untuk tahu macam mana rentak keluarnya produk tu.

“Tak kisahlah foundation ke,  setting spray ke, pencuci muka ke, yang ada kepala spray or kepala pump tu,” kongsinya.

Dalam hantaran yang sama, Alha juga turut mengingatkan pengguna supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan produk kosmetik.

“Supaya tahu semburannya macam mana, keluarnya produk tu macam mana. Kalau rasa dah faham dan dah tahu nak control macam mana, barulah kita guna.

“Kalau main confident je spray, itu bukan cara yang terbaik. kita kena bijak as pengguna ok? Video pun banyak saya payung kat TT,” tulisnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement