Sekilas
- Datuk Alha Alfa meminta netizen untuk tidak membandingkan hasil solekan jurusolek berbeza pada majlis perkahwinan Bella Astillah kerana setiap penampilan mempunyai tema tersendiri.
- Alha menjelaskan setiap konsep solekan, busana, dan gaya rambut telah dibincangkan secara terperinci bersama pihak terlibat untuk memastikan keserasian dan kepuasan Bella.
- Alha menegaskan semua hasil kerja jurusolek adalah cantik dan berharap orang ramai menghormati usaha mereka tanpa mengadakan perbandingan atau persaingan.
Jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa memohon netizen untuk tidak membanding-bandingkan hasil solekan jurusolek berbeza pada setiap majlis perkahwinan pelakon, Bella Astillah.
Menurut Alha, setiap jurusolek diberikan tema tersendiri sebelum majlis berlangsung dan masing-masing hanya menjalankan tugasan mengikut konsep yang telah ditetapkan.
“Kalau boleh jangan lah banding bandingkan make up siapa lawa siapa tak tawa. Itu bukan pertandingan make up.
“Kami diberi tema awal sbelum majlis. Masing-masing ikut task yang diberi. Lain kalau temanya sama lepas tu korang nak judge baru betul,” tulisnya menerusi hantaran di Threads.

Jelas Alha lagi, perbandingan seharusnya tidak dibuat memandangkan setiap penampilan mempunyai tema dan sentuhan solekan yang berbeza.
“Tema saya memang Bella nak simple je. Macam kalian kalian malam berinai nak simple simple je. Memang Bella pilih bulu mata simple, nak sweet sweet paling manis je nak look pink pink fresh seperti reference yang diberi.
“Nak look wanita wanita lama dulu dulu pakai selendang atas kepala, kalau pakai gown, ada crown, tak mungkin begitu look saya heheh. Awas!” maklumnya.

Dalam masa sama, Alha juga menjelaskan bahawa setiap penampilan Bella telah dibincangkan secara terperinci bersama pihak terlibat, termasuk pemilihan busana, solekan dan gaya rambut.
Alha juga berharap orang ramai dapat menghormati hasil kerja setiap jurusolek tanpa membandingkan setiap penampilan.
“By the way, semua look cantik dan Bella dah bincang semuanya secara detail. Baju dan make up macam mana, rambut macam mana, jadi diingatkan sekali lagi.
“Temanya lain-lain dan semua touch berbeza dan semua cantik cantik kan? Jadi jangan gaduh-gaduh.
“Kamu tak minta pun diletakkan no berapa dan siapa paling lawa. Yang penting Bella happy dan dia cantik je kan baju dan make up semua compliment dengan baju,” tegasnya.
Sumber: Threads @alhaalfa