Skip to main content

Hiburan

“Alhamdulillah, Keadaan Umar Stabil” – Rizalman Ibrahim

“Alhamdulillah, Keadaan Umar Stabil” – Rizalman Ibrahim

Sekilas

  • Datuk Rizalman Ibrahim memaklumkan anak angkatnya, Umar Nail, kini dalam keadaan stabil selepas kemalangan ngeri melibatkan lori ais di Wangsa Walk.
  • Umar masih dipantau rapi oleh doktor terutama berkaitan kecederaan pada organ dalaman seperti hati.
  • Rizalman mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan berharap agar Umar terus diberi kekuatan dan kesembuhan.
Advertisement

Pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim memaklumkan keadaan anak angkatnya, Umar Nail kini stabil selepas terlibat dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah lori ais di Wangsa Walk, semalam.

Menurut Rizalman, 54, Umar masih berada di bawah pemantauan rapi pasukan doktor terutama berkaitan kecederaan pada organ dalaman iaitu hati.

Advertisement

“Alhamdulillah, sehingga ke saat ini keadaan Umar adalah stabil.

“Umar masih berada di bawah pemantauan rapi pasukan doktor, khususnya berkaitan kecederaan pada organ dalamannya iaitu hati,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sebagai seorang bapa, Rizalman berkata dia reda dengan ujian yang menimpa keluarga selain terus mendoakan agar segala urusan rawatan anaknya dipermudahkan.

“Saya reda dengan ujian yang Allah SWT tetapkan buat saya dan keluarga. Saya percaya sepenuhnya kepada kebesaran, kekuasaan dan ketentuan Allah SWT dalam setiap perkara yang berlaku.

“Sebagai seorang bapa, sudah tentu saya sentiasa mendoakan agar Umar diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan rawatan dan dikurniakan kesembuhan,” ujarnya.

Dalam masa sama, Rizalman turut merakamkan penghargaan kepada keluarga, sahabat, pengikut, pihak media serta petugas hospital yang sentiasa mengambil berat mengenai keadaan Umar.

“Setiap doa, kata-kata semangat dan harapan yang dititipkan buat Umar menjadi kekuatan yang sangat besar buat kami sekeluarga dalam melalui detik penuh ujian ini.

“Saya mohon agar semua terus mendoakan Umar supaya diberikan kesembuhan, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Sebelum ini, Rizalman berkongsi berita duka apabila Umar terlibat dalam kemalangan selepas bertembung dengan sebuah lori ais di Wangsa Walk.

Menurut perkongsian terdahulu, Umar berada dalam keadaan kritikal selepas tercampak ke bawah lori sebelum digilis selama beberapa saat sehingga mengakibatkan komplikasi pada organ dalaman.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement