Skip to main content

Hiburan

“Alhamdulillah For This…” - Kekasih Ben Amir

Ben Amir

Ringkasan AI

  • Pelakon Ben Amir mengumumkan kekasihnya yang berasal dari Filipina telah memeluk Islam.
  • Wanita bernama Maiya itu berkongsi rasa syukur atas perjalanan memeluk Islam yang lancar.
  • Maiya memuat naik gambar bersama Ben Amir dan beberapa ahli keluarga serta kenalan rapat.
  • Ben Amir mengakui hatinya sudah dimiliki Maiya sejak Mei lalu.
  • Walaupun sudah dua tahun berkenalan, Ben Amir memilih untuk tidak terburu-buru dalam hubungan mereka.

Pada Isnin, pelakon, Ben Amir mengumumkan berita gembira mengenai kekasihnya yang sudah pun memeluk Islam.

Terbaharu, wanita asal Filipina itu meluahkan rasa syukur apabila perjalanannya untuk memeluk Islam berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah untuk perjalanan (memeluk Islam) ini. Bersyukur dan rasa beruntung kerana orang yang tersayang hadir menemani saya menjalani hari yang sangat istimewa ini,” kongsinya.

Menerusi perkongsian yang sama, wanita yang dikenali sebagai Maiya itu turut memuat naik beberapa gambar dirinya bersama Ben Amir serta beberapa individu yang dipercayai merupakan ahli keluarga dan kenalan rapatnya.

Sekadar info, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin mengakui hatinya sudah pun dimiliki oleh seorang wanita asal Filipina pada Mei lalu.

Walau bagaimanapun, pelakon filem ‘Gantung: Musketeer Code’ ini dilaporkan enggan terlalu terburu-buru dalam perhubungan meskipun sudah dua tahun berkenalan.

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement