Sebagai memperluaskan jangkauan kerjasama strategik, Astro mengumumkan, jenama kopi Tongkat Ali & Ginseng No.1 di Malaysia iaitu Alicafe sebagai penaja rasmi program Muzikal Lawak Superstar 2025.
Menurut Naib Presiden, Skrip dan Produksi Hiburan Saluran Astro, Raqim Ahmad, pihaknya berbesar hati dengan gabungan jenama yang benar-benar dekat di hati rakyat Malaysia ini.
Advertisement
“Alicafe akan menyokong daya tahan, kreativiti, dan semangat bakat komedi terbaik negara. Musim ini penuh dengan gelak tawa dan persembahan lebih hebat.
“Kami teruja Alicafe juga turut menyertai keseronokan ini. Gabungan unik tenaga dan warisan Alicafe ini selari dengan semangat para peserta.
“Memberi mereka tenaga tambahan untuk bertahan hingga ke garisan penamat. Kami yakin kerjasama ini akan membawa lebih banyak keceriaan kepada penonton di rumah, terutamanya dengan jenama yang benar-benar dekat di hati mereka,” ujarnya.
Selain itu, Alicafe juga turut mengumumkan pelantikan Datuk Remy Ishak sebagai duta rasmi jenama berkenaan sehingga tahun 2027 dan juga pelancaran kempen terbaharu, #KuasaKauKaw yang meraikan stamina, fokus serta ketahanan lelaki moden Malaysia.