Skip to main content

Hiburan

Alif Muhaimin Jual Insurans Untuk Teruskan Hidup, Kamal Adli Beri Semangat - “It’s Okay Adikku, Asalkan Halal”

Kamal Adli

Sekilas

  • Pelakon Kamal Adli memberi kata-kata semangat kepada bekas juara Hero Remaja, Alif Muhaimin, yang kini bekerja sebagai ejen insurans demi pendapatan lebih stabil.
  • Kamal menegaskan sokongan dengan berkata, asalkan halal dan bahagia bersama keluarga, itu yang penting.
  • Alif menghargai sokongan Kamal dan menjelaskan keputusan bertukar kerjaya kerana tawaran berlakon tidak menentu serta komitmen keluarga.
Advertisement

Pelakon Kamal Adli memberikan kata-kata semangat buat bekas juara program Hero Remaja iaitu Alif Muhaimin yang kini difahamkan memilih untuk bertukar arah menjual insurans demi memperoleh pendapatan lebih stabil untuk keluarga.

Menerusi ruangan komen di sebuah hantaran yang dibuat sebuah portal hiburan, Kamal yang menyuarakan sokongannya dilihat turut menitipkan pesanan yang cukup bermakna buat Alif.

Advertisement

“Its okay adikku. Asalkan halal dan awak happy dengan keluarga okay,” tulis Kamal.

Hantaran pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli itu kemudiannya mendapat respon daripada Alif yang meluahkan rasa terharu dengan kata-kata semangat yang diberikan kepadanya itu.

“Terima kasih banyak abang Kamal Adli, antara idola pelakon yang sentiasa saya kagumi,” balas Alif.

Terdahulu, sebuah portal hiburan berkongsi mengenai Alif yang kini memilih untuk membina kerjaya sebagai ejen insurans demi menjamin pendapatan bulanan yang lebih stabil.

Ujar Alif atau Alif Muhaimin Abdul Rahman, berkata keputusan itu dibuat kerana tawaran berlakon tidak menentu, sedangkan dia kini mempunyai komitmen keluarga yang perlu diutamakan.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement