Skip to main content

Selebriti

Alif Satar Kesal Budaya Samseng Dianggap ‘Cool’ - “Kena Tahu Azab Duduk Penjara Dulu Kot Baru Ada…”

Alif Satar Kesal Budaya Samseng Dianggap ‘Cool’ - “Kena Tahu Azab Duduk Penjara Dulu Kot Baru Ada…”

Sekilas

  • Alif Satar berkongsi pengalaman menemu bual banduan yang disabit kesalahan membunuh akibat ragging sehingga menyebabkan kematian rakannya.
  • Alif menegaskan budaya membuli dalam kalangan remaja kini semakin serius dan menyuarakan kebimbangan tentang kurangnya rasa takut terhadap hukuman penjara.
  • Alif turut meluahkan kesedihan terhadap kehilangan pelajar perempuan yang dipercayai dibunuh di sekolahnya dan berharap keadilan dapat ditegakkan.
Advertisement

Penyanyi, Alif Satar mengimbas kembali pengalaman ketika menemu bual seorang banduan yang pernah disabitkan kesalahan membunuh selepas melakukan perbuatan ragging terhadap rakannya sehingga membawa kepada kematian.

Menerusi perkongsian di Threads, Alif berkata pengalaman tersebut membuatkan dirinya terfikir mengenai kesan jangka panjang budaya membuli, terutamanya dalam kalangan golongan remaja.

Advertisement

“Kami dulu macam orang lain jugak bang, mana pernah pikir pasal penjara.. sekarang ni, ‘masak’ kitorang.”

“Ini kata-kata banduan akhir pada aku dalam salah satu youtube content aku di penjara sg buloh beberapa tahun lepas.

“Dan orang yang aku temubual ni juga, dah disabitkan kesalahan membunuh. Dia ragging kawan sampai mati,” kongsinya.

Advertisement

Pada masa yang sama, Alif juga meluahkan rasa hairan adalah remaja kini tidak takut dengan hukuman atau mereka perlu terlebih dahulu merasai kesan buruk kehidupan di penjara sebelum benar-benar memahami akibat daripada perbuatan mereka.

“Sebab ikut culture membuli, now their lives dan people around them changed forever.

“Budak umur belasan tahun, kena tau AZAB dok penjara dulu kot baru ada akai?

“Budak-budak sekolah menengah pun tergamak membunuh sekarang. Hilang pedoman. Budak-budak zaman sekarang rasa jadi samseng ni cool kot?” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Alif turut mengakui dirinya berasa sedih selepas melihat temu bual bapa Allahyarham Irene Sofiya ketika berada di lokasi pengebumian.

Alif berkata, sukar untuk membayangkan perasaan seorang bapa yang terpaksa berdepan kehilangan anak dalam keadaan sedemikian.

“Sedih aku tengok temubual bapa arwah Irene Sofiya di tempat pengebumian, tak boleh nak bayang perasaan dia waktu ni.

“Semoga Allah permudahkan urusan dia.. dan aku yakin pembunuh akan mendapat balasan dia dunia & akhirat. justice for Irene Sofiya,” katanya.

Untuk info, seorang pelajar perempuan dijumpai maut dengan kesan kecederaan pada badan, dipercayai dibunuh di dalam dewan sekolahnya.

Mangsa ditemui nenek dan rakannya yang datang ke sekolah selepas menyedari mangsa tidak pulang ke rumah walaupun kelas tambahan sudah berakhir.

Difahamkan, mangsa tinggal dengan nenek berikutan ibunya sudah lama meninggal dunia akibat kanser, manakala bapa bekerja di Kuala Lumpur.

Ketika ditemui, terdapat kesan darah kering pada badan mangsa, selain lebam seolah-olah dipukul.

Selain itu, pasu pecah turut dijumpai berdekatan mangsa.

Sumber: Threads @alifsatar

 

Anda mungkin berminat dengan

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Must Watch Video

Advertisement