Skip to main content

Selebriti

Aliff Aziz Mahu Usaha Perbaiki Diri, Percaya Jodoh Hadir Waktu Yang Tepat - “Kalau Nak Pasangan Baik, Kita Kena Jadi Baik…”

Aliff Aziz

Sekilas

  • Aliff Aziz mengakui hatinya masih terbuka untuk bercinta tetapi kini fokus memperbaiki diri dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.
  • Dia tidak malu mengakui kelemahan diri dan melihat proses memperbaiki diri sebagai perjuangan harian yang tidak perlu dikongsi secara terbuka.
  • Walaupun pernah terpalit kontroversi, Aliff menghargai rezeki dalam industri seni dan berharap orang mendoakan yang baik-baik untuknya.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mengakui hatinya masih belum tertutup untuk kembali membuka lembaran baharu dalam soal percintaan.

Bagaimanapun, Aliff berkata ketika ini dia lebih mengutamakan usaha memperbaiki diri selain menyerahkan sepenuhnya urusan tentang jodoh kepada Allah SWT.

Advertisement

“Untuk saya, semua antara kita ada sisi ‘madu’ dan ‘racun’. Untuk kata hati saya tertutup tu… segala-galanya seperti rezeki, jodoh atau ajal, saya serah bulat-bulat pada Allah dan saya pegang benda itu, insya-Allah.

“Cuma saya belajar, kalau saya nak dapat pasangan yang baik pastilah kita kena jadi baik dan saya fokus tentang perkara itu,” katanya.

Dalam masa sama, Aliff mengakui dia tidak pernah malu mengakui kelemahan diri dan menyifatkan proses memperbaiki diri sebagai perjuangan yang dihadapinya setiap hari.

“Saya adalah seorang manusia yang tidak malu untuk mengaku yang saya ini banyak kelemahan. Tetapi saya rasa semua orang pasti bersetuju dengan saya di mana mungkin orang tak tahu tapi kita tahu apa kekurangan dan kelemahan sendiri.

“Bagi saya mengaku itu bukan dengan bangga, tidak. Ya saya seorang pelakon, penyanyi, selebriti, tetapi saya juga manusia biasa yang sedar diri ini banyak kekurangan.

“Cuma ada orang itu perjalanannya berbeza, jadi siapa saya untuk tentukan dan orang tidak tahu apa yang saya buat untuk cuba perbaiki diri.

“Cara saya berfikir, bercakap, bercampur dan sebagainya, thats the battle that i have with myself dan saya rasa saya tak perlu kongsikan kepada umum,” jelasnya.

Mengulas mengenai persepsi masyarakat terhadap dirinya, Aliff berkata dia sedar namanya pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi, namun enggan mempersoalkan rezeki yang masih diberikan kepadanya dalam industri seni.

“Takkanlah saya nak menilai orang, saya pun tahu saya tak elok, saya pun ada track record yang tak berapa baik dari segi nama.

“Saya ada baca kepada Aliff ni di mata umum dah tak baik, kenapa orang masih nak bekerja dengan dia dan sebagainya, jadi itu adalah soalan-soalan orang pada saya orang boleh tanya tapi macam mana kota nak jawab.

“Ini soal rezeki, saya pun tak boleh nak persoalkan, jadi saya harap suka atau pun tak suka, kita doakanlah yang baik-baik.

“Bila kita doakan yang baik-baik, benda yang baik itu akan pergi dekat kira, InsyaAllah.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement