Skip to main content

Hiburan

Aliff Aziz Rindu, Selit Momen Mesra Bersama Dua Anak Sambil ‘Cover’ Lagu - “Andai Benar Takdir Ini Yang Tertulis Buatku, Sejujurnya…”

Aliff Aziz

Sekilas

  • Aliff Aziz berkongsi video cover lagu "Takdir Buatku" yang diselitkan dengan momen bersama anak-anaknya di Instagram.
  • Video itu menggambarkan rasa rindu Aliff terhadap anak-anaknya, Ayden Adrian dan Ara Adreanna.
  • Netizen memberi pelbagai reaksi, ada yang faham perasaan rindu dan ada yang nasihatkan Aliff untuk berusaha jumpa anak-anak.

Hantaran terbaharu penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz telah menyorot perhatian ramai.

Menerusi Instagram (IG), Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz memuat naik dirinya yang menyanyikan semula (cover) lagu yang bertajuk Takdir Buatku nyanyian asal penyanyi dan pempengaruh media sosial, Izzal Anuar.

Apa yang mencuri perhatian, Aliff turut menyunting video nyanyian tersebut dengan menyelit beberapa momen bersama dua anaknya iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Video tersebut juga merupakan bayangan Aliff bahawa betapa rindunya dia terhadap anak-anak.

“Andai benar takdir ini yang tertulis buatku, sejujurnya sukar untukku berdamai dengannya,” tulis Aliff.

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih dan menuai respon pelbagai daripada netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memahami perasaan rindu Aliff terhadap anak-anak namun, ada juga yang meminta pelantun lagu Amarah Cinta itu untuk berusaha berjumpa anak, bukan sekadar meluahkan emosi.

Untuk rekod, Aliff mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Bella Astillah pada 2016 dan bercerai dengan talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrian, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun.

Sumber: Instagram

Must-Watch Video

Advertisement