Skip to main content

Selebriti

Aliff Syukri Ikhlas Bantu Remaja Mualaf, Terkenang Zaman Susah Jual Jeruk Mangga - “Saya Tengok Dia, Teringat Nasib Saya…”

Aliff Syukri bantu remaja kemboja

Sekilas

  • Datuk Seri Aliff Syukri membantu seorang mualaf warga asing yang viral menjual mangga selepas teringat pengalaman susahnya sendiri ketika kecil.
  • Aliff berkongsi kata-kata semangat agar remaja itu tidak mudah berputus asa dan terus berjuang mengubah nasib.
  • Tindakan Aliff mendapat pujian netizen kerana sanggup membantu tanpa mengira latar belakang.
Advertisement

Usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri mempunyai sebab tersendiri membantu seorang mualaf warga asing untuk meringankan bebannya selepas video remaja itu sedang menjual mangga tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di media sosial miliknya, Aliff berkata dia tersentuh melihat kesungguhan remaja berkenaan mencari rezeki kerana situasi itu mengingatkannya kepada kehidupan susah yang pernah dilalui ketika kecil.

Advertisement

Kata Aliff, dia pernah melalui pengalaman hampir sama apabila menjual jeruk mangga demi membantu keluarga.

“Kenapa saya bantu adik ni sebab bila saya tengok dia saya teringat nasib saya, cerita adik ini hmpir sama seperti kisah saya ketika kecil.

“Menjual jeruk mangga bila saya tengok dia saya teringat zaman saya,” coretnya.

Advertisement

Dalam hantaran yang sama, Aliff turut menitipkan kata-kata semangat buat remaja tersebut agar tidak mudah berputus asa dalam mengubah nasib hidup.

“Percayalah cakap saya, tak ada orang lain yang boleh menaikkan martabat kita selain diri kita sendiri bangkit dan terus berjuang,” pesannya.

Perkongsian Aliff itu ternyata mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memuji tindakan usahawan itu kerana sanggup membantu tanpa mengira latar belakang seseorang.

Anda mungkin berminat dengan

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

Must Watch Video

Advertisement