Sekilas
- Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi bahawa cita-cita zaman kanak-kanaknya adalah untuk menjadi doktor.
- Walaupun bukan doktor, Aliff gembira dapat membantu mencabut gigi susu anak-anaknya sendiri.
- Aliff turut mengajak orang ramai berkongsi pengalaman seronok mencabut gigi anak dalam video yang dimuat naik di Threads.
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mencuit hati ramai apabila mendedahkan cita-cita zaman kanak-kanaknya sebenarnya mahu menjadi seorang doktor.
Menerusi perkongsian di Threads, Aliff memuat naik video memaparkan dirinya memeriksa gigi anak-anaknya sendiri.
Menurut Aliff, walaupun tidak bergelar doktor, dia berasa puas apabila dapat membantu anak-anak menanggalkan gigi susu mereka.
“Ramai yang tak tahu, antara cita-cita saya waktu kecil adalah nak jadi seorang doktor.
“Alhamdulillah, hampir semua anak saya, sayalah doktor gigi untuk anak-anak saya,” katanya.
Lebih mencuit hati, Aliff mengakui dia berasa seronok setiap kali berjaya mencabut gigi anak-anaknya.
“Saya rasa seronok sangat bila tengok gigi mereka dipatahkan oleh saya. Hahaha.
“Siapa yang perangai macam saya, sila komen dekat bawah,” selorohnya.
Sumber: Threads