Skip to main content

Hiburan

“Allah Tahu Niat Saya,” - Fazura Sepakat Bina Hubungan Baik Dengan Fattah Amin Demi Fatima

Menurut Fazura, segala apa yang dilakukan adalah atas niat yang baik, terutama demi memastikan kebajikan dan masa depan anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya terus menjadi keutamaan.

Sekilas

  • Nur Fazura bersyukur hubungan baik bersama bekas suami, Fattah Amin, mendapat reaksi positif peminat demi kebajikan anak mereka, Nur Fatima Aisya.
  • Fazura dan Fattah sepakat untuk fokus pada masa depan Fatima yang kini hampir berusia enam tahun.
  • Fazura kini sibuk menguruskan bisnes selepas bersara lakonan, namun dikhabarkan bakal terlibat dalam projek baru yang masih dalam perbincangan.
Advertisement

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura bersyukur apabila hasratnya untuk mengekalkan hubungan baik bersama bekas suami yang juga aktor, Fattah Amin mendapat reaksi positif peminat.

Menurut Fazura, segala apa yang dilakukan adalah atas niat yang baik, terutama demi memastikan kebajikan dan masa depan anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya terus menjadi keutamaan.

“Alhamdulillah, yang penting sekali Allah tahu niat saya. Kepentingan ketika ini adalah Fatima. Dia pun sudah nak masuk usia enam tahun.

“Jadi, kami sepakat untuk fokus pada Fatima. Itu sahaja,” katanya kepada MH.

Advertisement

Pelakon filem Gol Dan Gincu itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara pertunjukan fesyen Zaimi Zulkafli sempena Kuala Lumpur Fashion Week 2026 (KLFW2026) yang berlangsung di KLCC, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Fazura turut memaklumkan anaknya, Fatima tidak bersamanya ketika menghadiri acara berkenaan kerana sedang meluangkan masa bersama Fattah.

“Fatima tiada hari ini. Dia bersama bapanya hari ini. Kalau dia datang sekali pun, dia akan enjoy dengan pertunjukkan fesyen ini. Cuma hari ini, saya ada me time,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai perkembangan kerjaya, Fazura memaklumkan dirinya kini sibuk menguruskan bisnes, lebih-lebih lagi selepas bersara daripada dunia lakonan drama.

Bagaimanapun, Fazura dikhabarkan bakal terlibat dalam sebuah projek yang kini masih lagi di fasa perbincangan.

Sumber: Media Hiburan

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement