Skip to main content

Selebriti

Amad Rapat Dengan Thalita Sebagai Sahabat, Tiada Yang Lebih - “Kawan-Kawan TTMM Semua Baik, Sudah Seperti Keluarga”

Amad rapat dengan Thalita

Sekilas

  • Amad Dayyan menegaskan hubungannya dengan Thalita, anak pelawak Shuib, hanyalah sebagai kawan rapat sahaja.
  • Mereka berdua rapat melalui persahabatan dalam program Talk To My Manager dan berpotensi keluarkan lagu duet bersama.
  • Amad menafikan sebarang isu cemburu atau hubungan istimewa seperti yang digembar-gemburkan netizen.

Penyanyi remaja, Amad Dayyan menjelaskan hubungannya dengan anak kepada pelawak Shuib iaitu Thalita hanyalah sebagai kawan rapat sahaja.

Menurut Amad, hubungan baik yang terjalin antara mereka berdua tercetus daripada persahabatan yang erat dalam kelompok rakan-rakan terdekat menerusi program Talk To My Manager.

“Kawan-kawan TTMM semuanya baik-baik, mereka sudah seperti keluarga saya dan saya rapat dengan Thalita sebagai kawan sahaja, tak ada lebih.

“Kami juga rakan lagu duet dan kalau ada rezeki untuk ada lagu duet bersama, kita akan buat dan keluarkan satu lagu duet, insya-Allah,” katanya ketika ditemui Gempak.

Dalam pada itu, enggan menimbulkan salah faham dalam kalangan peminat, Amad menegaskan bahawa tiada isu cemburu atau hubungan istimewa seperti yang digembar-gemburkan.

“Tiada yang cemburu pun saya dengan Thalita, saya cakap pada mereka (peminat) kami hanya kawan sahaja. Tiada lebih, saya pun masih muda lagi,” ujarnya.

Terdahulu, Amad dan Thalita sering menjadi perhatian netizen apabila penyanyi remaja itu ada memuat naik foto mereka berdua dalam salah satu hantaran TikToknya.

Disebabkan itu, ramai yang membuat andaian bahawa keakraban mereka lebih daripada seorang sahabat.

Must-Watch Video

Advertisement